• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RedMagic 8 Pro akan dilancar tahun ini, kekal sebagai telefon gaming lebih sejuk dari yang lain

  • OLEH Najib
  • 12:24 pm
  • 21/12/2022
  • Komen
RedMagic 8 Pro akan dilancar tahun ini, kekal sebagai telefon gaming lebih sejuk dari yang lain
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun 2022 adalah tahun yang menggembirakan untuk peminat gaming di telefon pintar. Mereka disajikan dengan begitu banyak pilihan peranti dari jenama terkemuka seperti Asus ROG dan Black Shark, serta RedMagic dan iQoo yang baru tiba tahun ini.

Tidak lama lagi, Redmagic mahu memperbaharui tawaran peranti mereka dengan melancarkan model baru, RedMagic 8 Pro. Ia akan dilancarkan di China pada 26 Disember 2022, sehari selepas Hari Natal dan membawakan naik taraf daripada RedMagic 7S Pro. Kita boleh menjangkakan ia akan dilancar di Malaysia tidak lama selepas itu.



Menerusi media sosial rasmi Redmagic di weibo, mereka telah berkongsi beberapa maklumat penting. Selain tarikh dan masa pelancaran, terdapat juga beberapa spesifikasi dinyatakan, termasuk gambar penuh telefon pintar baru ini.

Apa yang pasti, RedMagic 8 Pro mengekalkan beberapa ciri canggih dan unik daripada RedMagic 7S Pro. Antaranya kipas penyejuk terbina di dalam bersama lampu RGB, butang bahu peka sentuhan dan kamera hadapan di dalam skrin bagi memberi pengalaman paparan penuh tanpa takuk dan lubang.



Selain itu, RedMagic 8 Pro juga memiliki bingkai yang jauh lebih nipis, menjadikan nisbah skrin ke badan setinggi 93.7%. Paparan ini dihasilkan oleh pengeluar skrin terkemuka dunia, BOE.

RedMagic turut berkongsi dua rekaan RedMagic 8 Pro, satu dengan warna hitam dan satu lagi dengan lapisan belakang lutsinar. Dengan badan belakang lutsinar, dapat dilihat beberapa perkara di sebaliknya seperti kipas berlampu RGB dan label cip Snapdragon 8 Gen 2. Ini mengesahkan kuasa baru yang akan digunakan oleh telefon gaming ini kelak.

Dapat dilihat juga, ada 3 kamera di belakang yang disusun menegak di tengah. LED Flash juga dibekalkan, terletak di bahagian teratas kamera.

Untuk maklumat lain, sebenarnya ia telah tersedia di laman web TENAA yang menguruskan pendaftaran peranti elektronik di China. Dari senarai TENAA, Redmagic 8 Pro akan memiliki skrin OLED seluas 6.8-inci dan resoolusi 2480 x 1116. Selain cip Snapdragon 8 Gen 2, ia akan dipasang dengan RAM antara 8GB, 12GB dan 16GB, serta storan dalaman 256GB, 512GB dan 1TB. Dijangkakan, RAM jenis LPDDR5X dan storan UFS 4.0 akan digunakan.

Spesifikasi kamera juga turut diletakkan. Kamera hadapan di sebalik skrin memiliki sensor 8MP manakala kamera belakang, menggandingkan kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP.

RedMagic 8 Pro di senarai 3C

Di bahagian bateri, ia disenaraikan dengan dua kapasiti. Satu dengan 5,000mAh dan satu lagi 6,000mAh. Menariknya, laman 3C yang menyediakan pensijilan untuk tenaga di China, menyenaraikan RedMagic 8 Pro menyokong kuasa pengecasan pantas sehingga 165W.

Saya sangat suka dengan RedMagic 7S Pro kerana kipas yang terbina di dalam. Ia menjadikan peranti lebih sejuk sepanjang masa bermain game, berbanding telefon lain seperti ROG Phone 6 dan Black Shark 5. Tetapi butang bahu sentuh yang terlalu sensitif dan rasa badan yang kurang premium, memberi sedikit kekecewaan.

Adakah RedMagic 8 Pro akan membaiki masalah ini? Kita tunggu pengumumannya minggu hadapan.

[Sumber: Gizmochina]

Bacaan Berkaitan

  • Peminat Gaming Mobile, RedMagic 7S Pro dah tiba di Malaysia untuk atasi dua masalah besar permainan video
  • Black Shark 5 & Black Shark 5 Pro : Maklumat Penjualannya di Malaysia
  • Asus ROG Phone 6 & ROG Phone 6 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Asus ROG Phone 6D dijual lebih murah, ada diskaun RM300 untuk pembeli terawal
  • iQoo 11 tiba dengan prestasi tertinggi di Malaysia: Snapdragon 8 Gen 2, LPDDR5X dan UFS 4.0
Tags: RedMagicRedmagic 8 Pro
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
RedMagic 8 Pro akan dilancar tahun ini, kekal sebagai telefon gaming lebih sejuk dari yang lain

RedMagic 8 Pro akan dilancar tahun ini, kekal sebagai telefon gaming lebih sejuk dari yang lain

21 December 2022
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER