• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Fintek

TIPS: 7 langkah perlu dilakukan sebelum beli-belah dalam talian, elak wang dicuri

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:46 pm
  • 22/12/2022
  • Komen
PROMO 10.10: Senarai Tawaran Menarik di Lazada & Shopee
Share on FacebookShare on Twitter

Individu yang miliki telefon pintar dan Internet sudah pasti tidak terlepas dari mengambil peluang membeli-belah di dalam talian. Tapi anda tahu tak, aktiviti ini sebenarnya mendedahkan akaun bank anda pada bahaya sebab penggodam sentiasa mencari akaun pengguna yang melibatkan perniagaan dalam talian, contohnya Shopee, Lazada dan Amazon. Mereka mahu dapatkan akses kepada kad pembayaran yang dipautkan ke akaun, kemudian gunakannya sesuka hati.

Jadi, bagaimana untuk elak hal ini dari berlaku? Berikut merupakan 7 perkara Kaspersky kongsikan untuk anda jadikan panduan.



1. Gunakan kata laluan yang kuat

Untuk semua platform yang anda daftar, termasuklah akaun bank dah akaun beli-belah, anda dinasihatkan untuk cipta kata laluan dengan sekurang-kurangnya 10 aksara. Untuk akaun yang sangat penting, anda digalakkan untuk cipta kata laluan dua kali lebih panjang. Menggunakan kata laluan pendek dan kurang kompleks lebih mudah diceroboh. Anda boleh rujuk cara cipta kata laluan selamat di sini.

Sumber

Selain itu, untuk memastikan akaun anda selamat, tabiat bahaya seperti menggunakan kata laluan sama untuk berbilang laman web perlu dielak. Hal ini kerana, apabila penjenayah siber berjaya ceroboh satu akaun, mereka juga akan cuba log masuk perkhidmatan lain dengan nama pengguna dan kata laluan sama.



Solusinya, gunakan penjana kata laluan untuk tampil dengan kombinasi kata laluan rawak yang kuat. Supaya tidak lupa, anda boleh simpan maklumat kata laluan anda dalam pengurus kata laluan seperti Google Password Manager atau Kaspersky Password Manager.

2. Guna VPN untuk sambung ke WiFi awam

Sambungan selamat dapat menghalang penyerang daripada menjejak kelayakan log masuk dan butiran pembayaran anda. Maka gunakan aplikasi VPN apabila anda menggunakan rangkaian awam. Cari pengeluar VPN yang sudah lama di dalam pasaran kerana ia lebih dipercayai. Antaranya NordVPN, Express VPN dan SurfShark. Kalau nak cuba VPN percuma, boleh guna Proton VPN. Ia menyediakan VPN percuma dengan sambungan pelayan ke Amerika Syarikat, Belanda dan Jepun. Kalau nak lebih, kena bayar lah.

3. Jangan pautkan kad bank pada akaun beli-belah dalam talian

Adakalanya, penggodam suka mencuri akaun yang jarang digunakan sebab dengan cara ini tindakan mereka susah disedari. Oleh itu, hanya pautkan kad bank kepada akaun beli belah yang kerap anda lawati. Namun, adalah lebih selamat untuk menolak pilihan remember card dan memasukkan nombor secara manual setiap kali ingin lakukan bayaran.

4. Bayar dengan perkhidmatan pembayaran

Perkhidmatan pembayaran, seperti Google Pay atau PayPal akan menyimpan data anda dalam bentuk yang disulitkan pada pelayan selamat. Oleh kerana data kad anda tidak boleh dilihat oleh penjual, ini dapat memastikan kewangan anda lebih selamat daripada penjual yang tidak bertanggungjawab, kebocoran data dari laman web itu dan pemintasan data semasa penghantaran melalui internet.

Sumber

5. Guna kad berasingan untuk beli-belah dalam talian

Dapatkan kad berasingan untuk pembelian dalam talian dan letakkan wang minimum di dalamnya. Anda boleh juga dapatkan kad prabayar seperti BigPay dan Wise. Sebaiknya, hanya tambah nilai kad sebelum membuat pembelian dan hanya tambahnya dengan jumlah yang anda ingin belanjakan. Dengan cara ini, walaupun penggodam tahu butiran kad, mereka tetap tidak dapat mencuri semua wang simpanan anda.

6. Selalu semak sejarah pembayaran

Hidupkan notifikasi untuk transaksi bank dan semak sejarah pembayaran dengan kerap. Jika anda ternampak sesuatu yang mencurigakan, hubungi bank dengan segera. Sebarang transaksi walaupun dengan jumlah kecil harus diambil berat sebab itu mungkin merupakan cubaan penggodam menggunakan wang anda.

Sumber

7. Guna perlindungan yang dipercayai

Gunakan perlindungan keselamatan yang dipercayai untuk mengesan dan menyekat laman web pancingan data. Anda boleh pertimbangkan perlindungan Kaspersky untuk lindungi peranti dan identiti. Langkah ini untuk melindungi data dan wang anda sekaligus menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian lebih selamat.

Tags: beli belah dalam talianKasperskyLazadaShopee
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

PROMO 10.10: Senarai Tawaran Menarik di Lazada & Shopee

TIPS: 7 langkah perlu dilakukan sebelum beli-belah dalam talian, elak wang dicuri

22 December 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
Peti sejuk pintar Xiaomi Mijia Refrigerator Cross Door 510L kini rasmi, harga RM2,399

Peti sejuk pintar Xiaomi Mijia Refrigerator Cross Door 510L kini rasmi, harga RM2,399

6 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER