• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

NanoMalaysia akan bangunkan teknologi pengecas EV sifar karbon pertama keluaran Malaysia

  • OLEH Najib
  • 9:18 pm
  • 27/12/2022
  • Komen
Google Maps dikemas kini dengan info stesen pengecasan EV
Share on FacebookShare on Twitter

Kepada pengkritik kenderaan elektrik (EV), masih ramai yang mengatakan bahawa EV masih tidak membantu mengurangkan pelepasan karbon di udara, kerana stesen penjana elektrik di Malaysia kebanyakannya masih menggunakan pembakaran arang. Secara tidak langsung, lebih banyak elektrik digunakan oleh EV, lebih banyak juga arang dibakar dan karbon dilepaskan.

Tetapi jika tidak ada seseorang yang mengambil langkah pertama untuk berubah, sampai bila pun ia tidak akan bermula. Kerana itu, penghasilan EV adalah penting sebagai permulaam dan langkah selepas itu adalah untuk mengubah penghasilan tenaga daripada menggunakan arang di Malaysia.



Kerana itu, Kementerian Sains, Teknologi dan inovasi (MOSTI) melalui agensi di bawahnya, NanoMalaysia Bhd sedang menghasilkan konsep RENEW (Tenaga Nanogrid Boleh Diperbaharui). Ia adalah satu teknolgi yang dikuaskan oleh teknologi tenaga boleh diperbaharui dan bersih, menggunakan panel solar dipertingkatkan nano.

Pembangunan teknologi ini diuruskan oleh Nano Commerce Sdn Bhd, anak syarikat penuh milik NanoMalaysia dan mereka bekerjasama dengan syarikat EV tempatan. Ujian rintis RENEW pertama mereka ialah pengecas EV di stesen Temasya Petronas, yang terletak di Lebuhraya Persekutuan.



Pengecas berasaskan RENEW ini akan memiliki pengecas pantas EV 50kW, panel solar PV dipertingkatkan nano dan bateri litium-ion. PV solar dipertingkatkan melalui salutan nano yang menambah sifat hidrofobik yang membolehkan kecekapan yang lebih tinggi di waktu cuaca buruk. Dengan RENEW yang turut dikuasakan oleh tenaga suria dan berupaya menyimpan tenaga, pergantungan sistem pada kuasa grid dikurangkan sehingga 20% yang secara berkesan akan membantu penyahkarbonan di Malaysia.

Inisiatif ini menyokong sasaran Malaysia untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 45% pada 2030 dan mencapai sifar karbon seawal 2050. Kerjasama strategik nanoMalaysia dan Petronas Dagangan Berhad juga selari dengan Polisi Tenaga Kebangsaan 2022-2040, di mana peringkat awal untuk menyokong infrastruktur pembangunan EV dibuat melalui kerjasama awam dan swasta.

Tags: EVmostiNanoMalaysia
Najib

Najib

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Google Maps dikemas kini dengan info stesen pengecasan EV

NanoMalaysia akan bangunkan teknologi pengecas EV sifar karbon pertama keluaran Malaysia

27 December 2022
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER