• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Maxis perlu tunggu akses 5G lebih lama akibat keputusan kerajaan mengkaji semula DNB

  • OLEH Najib
  • 1:42 pm
  • 21/01/2023
  • Komen
Kuota Maxis Postpaid akan dibesarkan secara percuma bermula 4 Jun
Share on FacebookShare on Twitter

Akhir tahun lepas, 3 daripada 4 syarikat telekomunikasi (telco) utama di Malaysia telah memeterai Perjanjian Akses 5G bersama Digital Nasional Berhad (DNB) dan mula menawarkan perkhidmatan 5G kepada pengguna. Celcom, Digi dan U Mobile juga telah memberi pengguna pelan yang terpilih, sambungan ke 5G secara percuma.

Bagaimanapun, Maxis sahaja yang masih tidak menyediakan perkhidmatan 5G kerana mereka belum memutuskan untuk menandatangani perjanjian akses 5G bersama DNB. Pada ketika itu, Maxis memaklumkan bahawa mereka mahu mendapatkan kelulusan pemegang saham terlebih dahulu sebelum boleh bersetuju dengan syarat di dalam perjanjian tersebut.



Kini, Maxis telah mengeluarkan kenyataan baru kepada Bursa Malaysia, mahu menangguhkan pula untuk mendapatkan kelulusan pemegang saham. Menurut Maxis, mereka mahu menunggu sehingga kerajaan memuktamadkan dahulu keputusan pelaksanaan 5G. Ini kerana Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan bahawa tender 5G kepada DNB dikaji semula kerana ia dilakukan secara tidak telus.

Perkara ini turut disokong oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Ahmad Fahmi Fadzil yang menyatakan pembangunan 5G masih diteruskan seperti perancangan tetapi kajian menyeluruh akan dibuat. Fahmi menjangkakan, keputusan kajian ini akan diumum dalam suku pertama tahun ini.



Maxis menjelaskan lagi, “Sehubungan itu, lembaga pengarah Maxis mengakui kewajaran untuk menangguhkan permohonan mendapatkan kelulusan pemegang saham sehingga dasar pelaksanaan 5G dimuktamadkan. Maxis kekal komited untuk merealisasikan hasrat digital negara dan yakin dengan manfaat yang akan dibawakan 5G terhadap perniagaan, pelanggan dan kerajaan untuk memperkasa daya saing Malaysia di rantau ini.”

Walaupun DNB telah diumumkan penubuhannya pada Mac 2021 untuk menjadi pembangun dan pengurus tunggal perkhidmatan 5G di Malaysia, kerajaan pernah mempertimbangkan untuk membangunkan 5G secara konsep dwi-rangkaian. Ini selepas empat telco utama berkeras untuk tidak menandatangani perjanjian akses 5G bersama DNB selepas setahun.

Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile ketika itu menghantar cadangan bersama kepada kerajaan, untuk membangunkan rangkaian 5G kedua di samping DNB, kerana mereka telah sedia ada kepakaran dan infrastruktur untuk menjalankannya. Bagaimanapun, kerajaan menolak cadangan ini dan memberi pilihan kepada telco untuk menjadi pemegang saham utama di dalam DNB.

Cadangan memegang 70% saham DNB telah diterima oleh Celcom, Digi, Telekom Malaysia dan YTL Communications. Tetapi Maxis dan U Mobile menolaknya dan menyatakan hanya berminat untuk menjadi pengguna 5G daripada DNB sahaja, tanpa menjadi sebahagian pemilik bersama.

Adakah Maxis masih menaruh harapan agar kerajaan akan membenarkan konsep dwi-rangkaian 5G di Malaysia supaya mereka boleh meneruskan pembangunan 5G sendiri? Semoga kerajaan Malaysia dapat membuat keputusan segera dan tepat, supaya semua pihak mendapat keuntungan bersama, termasuk pengguna dan rakyat di Malasyia.

[Sumber: Bursa Malaysia]

Bacaan Berkaitan

  • Maxis dan U Mobile tidak berminat dengan saham DNB, mahu jadi pengguna 5G sahaja
  • 5 sebab kenapa Celcom, Digi, Maxis & U Mobile belum setuju tawaran 5G DNB
  • Digital Nasional Berhad, dilantik sebagai syarikat pembangun & pengurus 5G di Malaysia
  • Pelancaran 5G di Malaysia mungkin lewat kerana tiada yang bersetuju dengan perjanjian DNB
  • Fahmi Fadzil beri lampu hijau untuk DNB terus bangunkan 5G, tapi kajian semula tetap dibuat
  • Fahmi jangka keputusan kajian semula 5G akan diumum suku pertama tahun ini
  • PMX arah tender 5G yang dianugerahkan kepada DNB dikaji semula
Tags: 5g5g malaysiaDNBmaxis
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Kuota Maxis Postpaid akan dibesarkan secara percuma bermula 4 Jun

Pengguna Maxis perlu tunggu akses 5G lebih lama akibat keputusan kerajaan mengkaji semula DNB

21 January 2023
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER