• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Dapatkan Huawei Freebuds 5i, fon putik ANC dengan diskaun RM60 pada 2 Februari

  • OLEH Najib
  • 4:01 pm
  • 27/01/2023
  • Komen
Menangi Huawei Freebuds 5i yang akan tiba dengan meneka harganya
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia kini bersedia untuk menjual fon putik TWS terbaru mereka, Huawei Freebuds 5i. Ia boleh mula dibeli di Malaysia pada 3 Februari 2023, daripada pengedar sah Huawei.

Bersempena ketibaannya, Huawei turut menyediakan promosi istimewa untuk pembeli terawal. Diskaun sebanyak RM60 disediakan, tetapi pembeli harus mendapatkan kupon khas bagi menikmati tawaran ini.



Harga dan tawaran pembeli awal

Fon putik Huawei Freebuds 5i dengan keupayaan penyaring hingar aktif (ANC), akan dijual di Malaysia mulai 3 Februari 2022 pada harga RM399. Sebagai promosi untuk pembeli terawal, diskaun sebanyak RM60 diberikan dalam bentuk RM50 rebat tunai dan RM10 baucar yang perlu dikumpul.

Rebat tunai RM50 akan diberi untuk pembelian dari 2-15 Februari 2023. Manakala baucar tambahan RM10 disediakan khas untuk pembelian pada 2 Februari sahaja. Baucar ini boleh ditebus dari sekarang sehingga 2 Februari 2023. Ia terdapat di Laman Rasmi Huawei Malaysia, Stor Rasmi Huawei di Lazada dan Stor Rasmi Huawei di Shopee. Mereka yang berminat dengan tawaran ini, boleh mendapatkan baucar tersebut daripada saluran yang ingin dibeli kelak.



Mulai 3 Februari 2023, Huawei Freebuds 5i akan dijual di semua saluran rasmi Huawei serta kedai rakan kongsi Huawei yang sah seperti SenHeng, senQ, Harvey Norman dan Urban Republic.

Spesifikasi Huawei Freebuds 5i

Dari segi rupa, Freebuds 5i mewarisi rekaan yang masih serupa dengan Freebuds 4i. Masih dalam bentuk bujur seakan telur dan bekas penyimpan dibuka dari sisi yang panjang. Butang sambungan juga masih di sebelah kanan manakala port USB-C untuk mengecas di bawah.

Pilihan warna sedikit berbeza. Ia masih menawarkan warna putih dan hitam, tetapi tiada lagi warna merah. Sebaliknya ditukar kepada warna biru lembut.

Bunyi dihasilkan menerusi pemacu dinamik berukuran 10mm, tetapi kali ini ia dinaik taraf dengan sokongan ‘Hi-Res Audio Wireless’. Sistem ANC juga dinaik taraf kepada jenis Hibrid, mampu menyaring sehingga 42db bunyi. Selain memadam bunyi bising, ia juga datang dengan mod ‘Awareness’ iaitu mendengar sekeliling seperti tidak memakai fon putik.

Jika ada satu penurunan, adalah dari segi hayat bateri. Di fon putik ia boleh memainkan lagu sehingga 7.5 jam dengan ANC dimatikan, berbanding 10 jam di Freebuds 4i. Tetapi bekas penyimpan memiliki bateri lebih besar, mampu menjadikan keseluruhan masa penggunaan sehingga 28 jam, jika ANC dimatikan.

Sambungan dua peranti serentak
Hayat bateri sehingga 28 jam

Satu lagi peningkatan besar di Freebuds 5i adalah sokongan dwi-peranti. Ia boleh bersambung kepada telefon pintar dan tablet yang serasi secara serentak. Jadi tidak perlu mematikan sambungan ke satu peranti, untuk terus mendengar di sambungan peranti lain.

Selain itu, Freebuds 5i kini diiktiraf kalis percikan air dan debu IP54. Fon putik ini juga lebih ringan, dengan berat cuma 4.9 gram berbanding 5.5 gram di Freebuds 4i.

Secara ringkas, pembaharuan di Freebuds 5i berbanding Freebuds 4i adalah lebih ringan, sokongan sambungan dwi-peranti serentak, audio Hi-Res dan warna baharu. Boleh rujuk laman produk Huawei Freebuds 5i untuk maklumat lanjut.

Bacaan Berkaitan

  • Dapatkan Huawei Freebuds 4i dengan ANC pada harga RM319 sahaja
  • Beli Huawei FreeBuds 4i & sertai cabutan bertuah untuk memenangi Huawei Mate 40 Pro
  • Huawei FreeBuds Lipstick, pelengkap aksesori wanita
Tags: HuaweiHuawei Freebuds 5i
Najib

Najib

POPULAR

Menangi Huawei Freebuds 5i yang akan tiba dengan meneka harganya

Dapatkan Huawei Freebuds 5i, fon putik ANC dengan diskaun RM60 pada 2 Februari

27 January 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER