• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lapangan Terbang Subang akan dinaik taraf kepada premium dan benarkan pesawat kecil seperti B737 dan A320

  • OLEH Najib
  • 5:49 pm
  • 06/02/2023
  • Komen
Kapal terbang OneWorld pembawa vaksin konspirasi Dajjal? Ini faktanya
Share on FacebookShare on Twitter

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) atau lebih popular sebagai Lapangan Terbang Subang, telah menerima lampu hijau daripada kerajaan untuk dibangunkan semula sebagai lapangan terbang dalam bandar premium dan sebagai hab aeroangkasa di dalam pusat bandar. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan bahawa Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP) telah dibentangkan kepada Kabinet pada 2 Februari dan ia telah diluluskan.

Di bawah SARP kelak, dijangka kapasiti semasa lapangan terbang Subang meningkat kepada lapan juta penumpang setahun, dan menjadi pelengkap Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pelan ini juga akan membenarkan operasi pesawat jet badan sempit seperti Boeing 737 dan AirBus 320 yang sebelum ini dihentikan pada tahun 2002.



Anthony Loke turut menerangkan, SARP juga sudah dikaji sejak beberapa tahun lalu dengan menjadikan beberapa lapangan terbang bandar di bandar utama dunia seperti London sebagai rujukan. Tegasnya, SARP tidak akan menggantikan KLIA, sebaliknya menjadi pelengkap kepada lapangan terbang antarabangsa itu.

Apabila ditanya sama ada LTSAAS akan menggugat KLIA dengan perancangan baru ini, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Dato’ Iskandar Mizal bin Mahmood menerangkan bahawa LTSAAS hanya seluas kira-kira 1,000 ekar, bersamaan 7% saiz keluasan KLIA iaitu kira-kira 14,000 ekar. Dari segi kapasti penumpang, KLIA menguruskan 75 juta penumpang setahun dan berdasarkan kira-kira keluasan LTSAAS, ia boleh menguruskan sekitar 5-7 juta penumpang setahun.



Tambah Iskandar, jika dirancang secara pintar, MAHB boleh mengurangkan operasi pesawat badan sempit yang merangkumi 70% daripada keseluruhan penerbangan di KLIA ketika ini, dengan membawanya ke LTSAAS. Ini bagus untuk pengurusan KLIA kerana akan wujud lebih banyak ruang untuk pesawat penerbangan jarak jauh menggunakan pesawat badan lebar untuk mendarat di KLIA.

Selain di London, model lapangan terbang dalam bandar seperti in telah digunakan di Istanbul iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gökçen, yang turut diuruskan oleh MAHB.

[Sumber: Malay Mail, Berita Harian]

Tags: Anthony LokeLapangan Terbang SubangLTSAASMAHB
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Kapal terbang OneWorld pembawa vaksin konspirasi Dajjal? Ini faktanya

Lapangan Terbang Subang akan dinaik taraf kepada premium dan benarkan pesawat kecil seperti B737 dan A320

6 February 2023
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN