• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco X5 5G & Poco X5 Pro 5G: 5 perkara anda kena tahu sebelum membelinya

  • OLEH Najib
  • 1:16 pm
  • 09/02/2023
  • Komen
Poco X5 5G & Poco X5 Pro 5G: 5 perkara anda kena tahu sebelum membelinya
Share on FacebookShare on Twitter

Dua telefon Poco yang mahu menjadi raja peranti kelas pertengahan, telah mula dijual di Malaysia hari ini. Poco X5 5G dan Poco X5 Pro 5G, boleh dibeli peminat di Malaysia dengan promosi istimewa hari pertama jualan, 9 Februari 2023.

Tetapi sebelum membuat keputusan untuk membelinya, apa kata anda semak dahulu 5 perkara tentang Poco X5 dan Poco X5 Pro di bawah ini.



1. Diskaun RM100

Sempena jualan hari pertama, Poco Malaysia menawarkan diskaun RM100 untuk semua model siri Poco X5. Tetapi ia hanya terdapat di tempat tertentu sahaja. Bagi Poco X5, diskaun RM100 ada di Stor Rasmi Poco di Shopee. Manakala Poco X5 Pro, terdapat di Stor Rasmi Poco di Lazada.

Berikut adalah harga rasmi dan harga selepas diskaun RM100 sempena promosi jualan hari pertama:



  • Poco X5 5G (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,099 RM999
  • Poco X5 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,199 RM1,099
  • Poco X5 Pro 5G (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,299 RM1,199
  • Poco X5 Pro 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,499 RM1,399
Harga promosi hari pertama jualan

2. Snapdragon 695 termurah

Poco X5 5G adalah peranti dengan kuasa Snapdragon 695 termurah, malah ia ada ciri-ciri yang hebat. Telefon ini agak serupa dengan Redmi Note 11 Pro 5G yang berharga RM1,199 (6+128GB), seperti skrin AMOLED 120Hz dan bateri 5,000mAh.

Tetapi perbezaan RM100 dengan Redmi Note 11 Pro 5G ini mengurangkannya di bahagian pengecas (33W vs 67W), speaker (mono vs stereo), kamera utama (48MP vs 108MP) dan kamera swafoto (13MP vs 16MP).

Poco X5 5G (kiri) dan Redmi Note 11 Pro 5G (kanan)

3. SoC kelas pertengahan

Apa yang dimaksudkan di sini adalah prestasi CPU dan GPU di dalam SoC. Bagi Poco X5, ia dilengkapi cip Snapdragon 695, boleh dikatakan cip 5G paling murah untuk Snapdragon. Di Poco X5 Pro pula, ia dibekalkan cip Snapdragon 778G yang lebih hebat.

Tetapi Snapdragon 778G masih tidak dapat menandingi kehebatan Snapdragon 870, yang digunakan pada Poco F3 dan Poco F4. Cuma harga permulaan Poco F4 sedikit lebih tinggi iaitu RM1,599 (6+128GB) berbanding Poco X5 Pro RM1,299 (6+128GB).

Sumber

4. Pro tetapi RAM & storan bukan flagship

Tidaklah mengejutkan jika peranti berharga bawah RM1,500 masih menggunakan RAM jenis LPDDR4X dan storan UFS 2.2. Berbanding kebanyakan peranti flagship yang dilengkapi RAM LPDDR5 serta storan UFS 3.1.

Tetapi pada harga RM1,499, Nothing Phone (1) menawarkan RAM LPDDR5 8GB dan storan UFS3.1 128GB. Malah, ia menggunakan cip Snapdragon 778G+ yang lebih hebat sedikit daripada Snapdragon 778G.

Poco X5 Pro 5G (kiri) dan Nothing Phone 1 (kanan)

Dengan tambahan RM200, Nothing Phone (1) menawarkan rupa yang jauh lebih menarik menerusi lampu LED Glyph di belakang, pengecasan wayarles serta jaminan kemaskini Android 3 kali dan kemaskini keselamatan 4 tahun. Semua ini tiada di Poco X5 Pro dan setakat ini, tidak menjanjikan sebarang kemaskini untuk peranti mereka.

5. Poco lebih mahal daripada Redmi

Biasanya sebelum ini, Poco adalah model yang lebih murah berbanding telefon Redmi. Ia ada perkakas yang hampir serupa, malah Poco sering dijenamakan semula daripada model sedia ada Redmi dan diberi harga lebih murah.

Tetapi Poco X5 5G dan Poco X5 Pro 5G ni terbalik pula. Walaupun Poco X5 5G lebih murah RM100 daripada Redmi Note 11 Pro 5G, ia kekurangan banyak perkakas penting termasuk kamera, speaker dan kuasa mengecas.

Poco X5 Pro 5G pula sebenarnya lebih mirip dengan Redmi Note 11 Pro 5G dalam semua perkara, kecuali dibekalkan cip Snapdragon 778G yang lebih perkasa daripada Snapdragon 695. Cuma pembeli perlu membayar tambahan RM100 untuk prestasi yang lebih hebat ini.

Tetapi mahu dikatakan kelas flagship, Poco X5 Pro 5G masih jauh ketinggalan kerana masih menggunakan RAM LPDDR4X dan storan UFS2.2. Sedangkan Nothing Phone (1) dan Poco F4 menawarkan prestasi flagship sebenar dengan tambahan RM100 ke RM200 sahaja.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, siri Poco X sentiasa meletakkan dirinya di keadaan tidak selesa. Ia tidaklah murah sangat dan tidak terlalu mahal, tetapi perkakasnya tidak sebaik tawaran pesaing mahupun keluarga Redmi sendiri.

Adakah anda mahu membeli Poco X5 5G dan Poco X5 Pro 5G? Jika ya, dapatkan hari ini dengan diskaun RM100 di Stor Rasmi Poco di Lazada dan Shopee.

Tags: Pocopoco x5poco x5 pro
Najib

Najib

POPULAR

Poco X5 5G & Poco X5 Pro 5G: 5 perkara anda kena tahu sebelum membelinya

Poco X5 5G & Poco X5 Pro 5G: 5 perkara anda kena tahu sebelum membelinya

9 February 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER