• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia tawar 5 juta tempat duduk percuma bersama insurans kelewatan RM200

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:16 pm
  • 13/02/2023
  • Komen
AirAsia tawar 5 juta tempat duduk percuma bersama insurans kelewatan RM200
Share on FacebookShare on Twitter

Buat pertama kali tahun ini, AirAsia lancarkan kempen jualan 5 juta tempat duduk percuma ke destinasi domestik dan antarabangsa. Kempen ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, YB Dato’ Sri Tiong King Sing.

Melaluinya, anda boleh terbang ke destinasi domestik seperti Pulau Pinang, Langkawi, Kuching, Sibu, Kota Kinabalu dan banyak lagi dengan harga bermula daripada RM23 sahaja. Untuk destinasi antarabangsa pula, anda boleh terbang ke Bali, Krabi, Jakarta, Macao, Shenzhen, Guangzhou, Phu Quoc, Bandar Ho Chi Minh, Singapura dan banyak lagi dengan harga serendah RM60 termasuk cukai lapangan terbang, caj MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain.



Bagi anda yang ingin terbang lebih jauh, AirAsia X menawarkan penerbangan ke Gold Coast, Busan, Taipei, Tokyo dan banyak lagi dengan tambang rendah termasuk semua daripada RM329 sehala untuk tempat duduk Ekonomi. Penerbangan boleh mula di tempah bermula hari ini sehingga 19 Februari 2023, dengan tempoh perjalanan antara 1 Mac 2023 dan 10 Disember 2023.

Di dalam tawaran ini juga, anda boleh dapatkan Insurans Kelewatan Penerbangan RM200 jika berlaku penangguhan penerbangan dalam tempoh 2 jam atau lebih. Namun ia hanya sah untuk penangguhan dengan notifikasi 24 jam daripada waktu perlepasan asal. Jika anda terima notis tangguh penerbangan awal, sebelum 24 jam, maka insuran ini tidak akan terlibat.



Insuran Kelewatan Penerbangan tersedia secara percuma kepada penumpang yang tempah penerbangan melalui tawaran ini. Mungkin AirAsia sediakannya sebab terdapat banyak masalah penerbangan tertangguh yang pernah dilalui pelanggan. Malah ini juga mungkin satu inisiatif AirAsia untuk yakinkan orang ramai supaya terus menggunakan perkhidmatan mereka.

Di samping itu, bermula 20 Februari 2023, Insurans Kelewatan Penerbangan tersebut akan tersedia untuk pembelian di aplikasi AirAsia dan laman webnya, dengan harga RM10 bagi perjalanan sehala atau RM14 untuk perjalanan pergi balik. AirAsia juga telah bekerjasama dengan BigPay untuk sediakan tuntutan automatik yang akan dikreditkan ke akaun BigPay pengguna, berdasarkan nombor telefon mudah alih yang berdaftar dalam masa tiga 3 hari bekerja. Penumpang yang tiada akaun BigPay perlu mengemukakan tuntutan kepada Tune Protect melalui halaman ini.

Tags: AirAsia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
AirAsia tawar 5 juta tempat duduk percuma bersama insurans kelewatan RM200

AirAsia tawar 5 juta tempat duduk percuma bersama insurans kelewatan RM200

13 February 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

27 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER