• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton X Watch jam pintar eksklusif untuk pemilik X50 dan X70

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:16 pm
  • 13/02/2023
  • Komen
Proton X Watch jam pintar eksklusif untuk pemilik X50 dan X70
Share on FacebookShare on Twitter

Proton menambah aksesori eksklusif bagi kereta Proton model X iaitu jam pintar Proton X Watch. Proton X Watch kini boleh didapati di Malaysia dengan harga RM1,499, setelah ia mula didedahkan pada khalayak ramai pada tahun lepas.

Sumber Zing Gadget

Seperti namanya X Watch, jam ini adalah aksesori rasmi bagi X50 dan X70 yang menghadirkan fitur-fitur kawalan jauh kenderaan bagi memudahkan penggunanya dalam situasi tertentu. Antara ciri kebolehan jarak jauh jam Proton ini adalah mengunci pintu, melaraskan tingkap, membunyikan hon, mengaktifkan lampu, membuka but kereta dan mengaktikfkan penghawa dingin.



@captainkiddofficials

♬ original sound – CAPTAIN PROTON – Captain Kidd | New Car Sales

Walaubagaimanapun, tidak semua model mempunyai sokongan ciri-ciri tersebut. Model X50 yang menyokong ciri-ciri tersebut adalah 2 varian teratas iaitu Premium dan Flagship, manakala untuk X70 semua model menyokong. Jam pintar ini juga boleh memaparkan statistik kereta seperti jumlah bahan api yang tinggal dalam tangki, penggunaan bahan api dan servis seterusnya yang diperlukan. Pemilik kedua model teratas X50 juga boleh menghidupkan enjin menggunakan jam ini.

Bukan itu sahaja, X Watch juga boleh digunakan untuk aktiviti kecergasan seperti jam-jam pintar lain dengan dimasukkan lapan mod sukan seperti berjalan, berlari, berbasikal dan mendaki gunung untuk menjadi penjejak kecergasan anda. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sensor pemantauan degupan jantung dan oksigen darah.



X Watch yang dihasilkan oleh syarikat ACO Tech ini dilengkapi cip Qulacomm Snapdragon, 1.3” Paparan AMOLED serta dilindungi oleh Corning Gorilla Glass DX+. Jam itu juga dihasilkan dengan salutan diamond-like carbon (DLC) yang boleh mengelakkan kesan cap jari dan calar. Badan jam ini pula disarungkan dengan keluli tahan karat dan bezel seramik.

Menurut sumber, X Watch ini boleh dibeli di Proton Edar Centre of Service Excellence (CoSE) dengan harga RM1,499, serta boleh dipilih sama ada tali jam tangan berwarna hitam atau putih. Tetapi untuk mendapatkannya, pesanan perlu dibuat terlebih dahulu sama seperti alat ganti dan aksesori Proton yang selalu ketiadaan stok. X Watch ini dikategorikan sebagai Proton Genuine Part serta aksesori rasmi untuk kedua model SUV tersebut, oleh itu jangan keliru dengan Proton Lifestyle Boutique yang menyediakan barang niaga.

Pelancaran X Watch ini dikatakan berlangsung secara senyap kerana tiada pengumuman rasmi daripada Proton walaupun ianya sudah boleh didapati di pasaran. Untuk pemilik X50 dan X70 yang berminat, pastikan hubungi Pusat Servis Proton berhampiran anda terdahulu untuk maklumat lebih lanjut berkenaan ketersediaan X Watch ini.

[Sumber: Lowyat.net]

Tags: protonProton X50proton x70Smartwatch
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Proton X Watch jam pintar eksklusif untuk pemilik X50 dan X70

Proton X Watch jam pintar eksklusif untuk pemilik X50 dan X70

13 February 2023
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER