• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Shopee mula tawar pinjaman peribadi SLoan dengan kadar faedah 18% setahun

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:13 pm
  • 16/02/2023
  • Komen
Peniaga luar bandar di Shopee meningkat, perniagaan berkembang lebih 150%
Share on FacebookShare on Twitter

Shopee baru-baru ini ada perkenalkan SLoan untuk pengguna lakukan pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang serupa dengan SPayLater. Buat masa ini, SLoan ditawarkan kepada pengguna terpilih sahaja. Anda boleh semaknya pada halaman profil di bahagian My Wallet.

Menurut FAQ SLoan Shopee, perkhidmatan ini menjanjikan untuk menawarkan permohonan yang mudah dan kelulusan yang cepat dalam masa 24 jam. Setelah pinjaman diluluskan, jumlah tersebut boleh dikeluarkan serta-merta ke Shopee Wallet, manakala pengeluaran ke akaun bank mungkin mengambil masa sehingga 1 hari.



SLoan ini dikuasakan oleh SeaMoney dan mereka menawarkan kredit sehingga RM100,000. Jumlah maksimum yang diberikan bergantung pada kelayakan individu. Peluang ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas.

Selain itu, FAQ menyatakan bahawa SLoan mengenakan kadar faedah sebanyak 1.5% sebulan atau 18% setahun ke atas jumlah pinjaman. Yuran setem 0.5% akan ditolak terlebih dahulu daripada jumlah pinjaman yang dikeluarkan apabila permohonan berjaya. Untuk pindahkan pinjaman ke akaun bank dalam talian, Shopee akan kenakan caj RM5 untuk setiap transaksi. Anda boleh keluarkan sekurang-kurangnya RM1,000 dan pengeluaran berikutnya perlu dalam gandaan RM100.



Untuk bayaran semula pula, anda akan diberikan tempoh selama 3, 6 dan 12 bulan. Pengguna boleh lakukan bayaran balik dengan selamat melalui perbankan dalam talian atau ShopeePay. Tarikh pembayaran balik adalah tepat 30 hari selepas anda menandatangani perjanjian pinjaman melalui pengesahan PIN atau OTP.

Jika anda terlepas tarikh akhir pembayaran, SLoan akan kenakan caj 8% setahun untuk ansuran bulanan tertunggak dan ia akan dikira setiap hari. Contohnya, jika jumlah bayaran balik anda ialah RM3,000 dan anda tertunggak selama 10 hari, penalti pembayaran lewat ialah RM3,000 x 8% x (10/365) = RM6.58.

Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang SLoan pada FAQ Shopee di sini. Sebagai alternatif untuk lakukan pinjaman, anda boleh juga gunakan perkhidmatan Gopinjam melalui aplikasi TnG eWallet. Tapi, kekurangan Gopinjam ialah, ia hanya menawarkan pinjaman sehingga RM10,000 sahaja. Kadar bunga juga tinggi, iaitu antara 8% hingga 36%, bergantung pada tempoh bayaran semula. 

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: ShopeeShopee Sloan
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Peniaga luar bandar di Shopee meningkat, perniagaan berkembang lebih 150%

Shopee mula tawar pinjaman peribadi SLoan dengan kadar faedah 18% setahun

16 February 2023
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER