• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TuneTalk mahu buat pengesahan menerusi SMS dan ini sangat pelik

  • OLEH Najib
  • 2:22 pm
  • 16/02/2023
  • Komen
TuneTalk mahu buat pengesahan menerusi SMS dan ini sangat pelik
Share on FacebookShare on Twitter

TuneTalk telah memuat naik status di media sosial, menyatakan mereka sedang menjalankan Proses Pengesahan Data untuk membendung penyalahgunaan talian mudah alih prabayar. Ia juga dibuat bertujuan melindgungi data peribadi pengguna-pengguna daripada disalahgunakan terutamanya dari segi undang-undang.

Proses pengesahan ini dibuat menerusi penghantaran SMS. Sehubungan itu, pengguna yang menerima SMS tersebut diminta untuk membalasnya untuk mengesahkan akaun TuneTalk mereka masih aktif.



Tetapi cara TuneTalk mahu membuat pengesahan ini sebenarnya agak pelik dan tidak sepatutnya dilakukan.

Pertama sekali, sudah banyak penipuan atau SCAM dilakukan menerusi SMS dan sukar untuk dibezakan yang mana SMS tulen dan yang mana menipu. Jika ada pengguna menganggap SMS ini adalah benar, tidak mustahil mereka akan membalas SMS lain yang palsu dan menipu di masa akan datang. Malah, untuk membendung aktiviti SCAM, Bank Negara Malaysia telah mengarahkan pemberhentian penggunaan SMS sebagai cara pengesahan, kerana ia mudah disalahgunakan penipu dan scammer.



Selain itu, semua pendaftaran talian mudah alih di Malaysia telah diwajibkan memerlukan pengesahan pengenalan identiti, sama ada kad pengenalan untuk rakyat Malaysia atau pasport untuk bukan warganegara. Ini sepatutnya sudah mencukupi untuk pengesahan identiti pengguna dan ia dibuat semasa talian didaftar.

Perkara ini juga agak menyusahkan pengguna jika tidak ada kredit mencukupi untuk membalas SMS tersebut. Ada pengguna yang telah melanggan pas ‘1-Year Validity‘ atau tempoh sah setahun dan tidak perlu membuat tambah nilai kredit dalam tempoh 365 hari. Jika SMS tersebut perlu dibalas, bermakna pengguna dipaksa untuk membuat tambah nilai kredit hanya untuk menghantar 1 SMS.

Cara ini juga dilihat tidak begitu berkesan untuk membuat pengesahan kerana sesiapa sahaja yang menggunakan talian tersebut, boleh membalas SMS yang dihantar. Melainkan TuneTalk meminta membuat pengesahan identiti semula seperti semasa mendaftar. Membuat kerja yang sama berulang kali.

[Sumber: TuneTalk]

Tags: tunetalk
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
TuneTalk mahu buat pengesahan menerusi SMS dan ini sangat pelik

TuneTalk mahu buat pengesahan menerusi SMS dan ini sangat pelik

16 February 2023
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN