• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pemandu kereta hilang 159 jam & rugi RM221 setahun akibat kesesakan trafik di Kuala Lumpur

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:55 am
  • 17/02/2023
  • Komen
Pemandu kereta hilang 159 jam & rugi RM221 setahun akibat kesesakan trafik di Kuala Lumpur
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah tak anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas? Bagi sesiapa yang memandu untuk pergi kerja, pasti anda selalu mengalaminya, tambah-tambah lagi pada waktu puncak di Kuala Lumpur (KL). 

Walaupun dengan banyak kemudahan pengangkutan awam di KL, ia masih tidak memuaskan dengan kebanyakan rakyat Malaysia masih memilih untuk memandu ke pejabat kerana ia lebih memudahkan. Ini terbukti apabila Hanif dan Rory cuba untuk pergi kerja naik tren, tapi sudahnya mengambil masa sekitar 2 jam untuk sampai ke pejabat. Sedangkan naik motor atau kereta hanya mengambil masa 30 minit.



Tapi tahukah anda, kesesakan trafik menjadi lebih teruk dari semasa ke semasa? Hasil kajian dari syarikat pemetaan digital TomTom, pemandu di Kuala Lumpur telah kehilangan sebanyak 159 jam di jalan pada tahun lepas berikutan waktu puncak. Jumlah 159 jam ini boleh disamakan dengan pembacaan sebanyak 31 buku yang lebih manfaat.

Dalam 159 jam tersebut, sebanyak 75 jam telah dibazirkan untuk kesesakan lalu lintas. Akibat itu, kegunaan petrol juga dipengaruhi dengan pemandu perlu berbelanja RM1,023 setahun untuk perjalanan, dengan RM221 untuk kesesakan trafik. Penggunaan kereta juga menyebabkan emisi karbon dioksida sebanyak 833kg pada tahun lepas, dengan 180kg semasa kesesakan lalu lintas. Ibarat 83 pokok perlu ditanam untuk meneutralkannya.



Kesesakan trafik juga menyebabkan pemandu di KL mengambil masa lebih untuk memandu sejauh 10km, dengan 9 minit lebih pada waktu pagi, dan 12 minit lebih untuk waktu petang. Oleh itu, pengiraan TomTom untuk pemandu memandu di waktu tersibuk boleh menjumlahkan 230 hari kerja, sebagai perumpamaan.

Didedahkan juga waktu tersibuk di KL pada waktu pagi adalah pada jam 8 pagi hingga 9 pagi, yang mengambil masa 18 minit ke 21 minit untuk perjalanan 10KM. Untuk waktu petang pula, pada jam 6 petang hingga 7 petang, dengan mengambil masa 22 minit ke 25 minit. Waktu paling teruk direkodkan adalah pada hari Khamis pada jam 6 petang hingga 7 petang yang mengambil masa 25 minit 20 saat untuk perjalanan 10km dalam bandar KL.

Isu ini dapat dikurangkan jika pekerja bekerja dari rumah untuk satu hari, lagi-lagi pada hari khamis. Sumber mengakatakan pemandu di KL akan jimat 35 jam dan RM203 untuk petrol setahun. Penjimatan akan lagi banyak jika bekerja dari rumah untuk tiga hari dari selasa ke khamis dengan penjimatan sebanyak 104 jam dan RM609 petrol untuk perjalanan.

Data TomTom Traffic Index’s 2022 menunjukkan kesesakan lalu lintas di London adalah paling teruk dengan sebanyak 325 jam masa digunakan untuk perjalanan pada tahun lepas. Manakala di Asia Tenggara, tertinggi adalah Manilla 241 jam, Jakarta 214 jam dan Bangkok 192 jam.

Untuk merancang perjalanan yang lebih baik, anda boleh layari laman TomTom di sini untuk mengetahui perkembangan trafik di KL secara langsung.

[Sumber: Malay Mail]

Tags: jalan sesakkesesakan lalu lintas
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Pemandu kereta hilang 159 jam & rugi RM221 setahun akibat kesesakan trafik di Kuala Lumpur

Pemandu kereta hilang 159 jam & rugi RM221 setahun akibat kesesakan trafik di Kuala Lumpur

17 February 2023
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER