• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Pencuri peranti Apple di Subang berjaya ditangkap dalam sejam dengan aplikasi Find My

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:17 pm
  • 23/02/2023
  • Komen
Pencuri peranti Apple di Subang berjaya ditangkap dalam sejam dengan aplikasi Find My
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi Find My di iPhone sangat berguna untuk jejak iPhone yang hilang walaupun ia sudah kehabisan bateri atau dimatikan. Anda tahu tak, baru-baru ini di Malaysia, aplikasi tersebut telah bantu seorang pengguna dan pihak polis untuk menangkap pencuri!

Kisah bermula apabila individu bernama Arvin Tharan kembali ke kereta setelah keluar dari restoran, dia lalu mendapati tingkap kiri di bahagian belakang keretanya sudah dipecah. Malah, beg dan barang berharganya iaitu MacBook Pro, iPad dan jam tangannya juga telah hilang. Arvin cuba mencari CCTV di sekitarnya namun tiada satu pun CCTV yang menghala ke kereta.



Oleh sebab itu, Arvin gunakan aplikasi Find My dan mula menjejaki peranti tersebut. Dia dirompak di SS14, Subang Jaya, manakala lokasi di Find My pula menunjukkan perantinya yang di curi ada di sekitar kawasan Sri Petaling.

Setelah mengesan lokasi, Arvin memandu ke balai polis terdekat, buat laporan dan minta bantuan segera dari mereka sementara perantinya masih boleh di jejak.



Apabila mereka semua sampai di lokasi suspek iaitu di kedai kopitiam, pihak polis menasihati Arvin supaya mencari suspek sendiri kerana bimbang individu tersebut mungkin akan perasan kehadiran polis. Berlakon seperti mahu beli makanan, Arvin kemudian berjalan sekitar lokasi mengikut paparan di dalam aplikasi. Tidak lama kemudian, Arvin jumpa pencuri itu bersama Apple Watch-nya. Untuk memastikan peranti itu miliknya, dia menghampiri suspek lalu berlakon seperti ingin membuat pesanan berdekatan dengan meja makan suspek. Setelah berjaya sahkannya, Arvin keluar dari kedai makan tersebut dan terus memanggil polis. Suspek akhirnya berjaya di tahan.

Kes pecah kereta dan mencuri memang satu jenayah yang menakutkan. Jadi, kita perlu elak dari biarkan barang berharga terbiar di dalam kereta tanpa pengawasan. Namun jika tetap perlu tinggalkannya di dalam kenderaan, pastikan anda sudah sediakan lapisan keselamatan seperti hidupkan Find My pada peranti Apple. Ketahui cara aktifkan dan jejak peranti gunakan Find My di sini.

[Sumber: BFM, Arvin Tharan]

Tags: appleiphonepencuri
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Pencuri peranti Apple di Subang berjaya ditangkap dalam sejam dengan aplikasi Find My

Pencuri peranti Apple di Subang berjaya ditangkap dalam sejam dengan aplikasi Find My

23 February 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN