• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony lancar dua headphone mampu milik: WH-CH720N dan WH-CH520

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:20 pm
  • 23/02/2023
  • Komen
Sony lancar dua headphone mampu milik: WH-CH720N dan WH-CH520
Share on FacebookShare on Twitter

Sony telah melancarkan dua fon kepala wayarles terbaru iaitu WH-CH720N over-ear dan WH-CH520 on-ear. Model WH-CH720N didatangkan dengan teknologi Dual Noise Sensor yang memuatkan dua mikrofon pada setiap fon telinga untuk menangkap serta menghalang bunyi persekitaran.

Sony WH-CH720N

Bukan itu sahaja, WH-CH720N juga dilengkapi cip pemproses V1 untuk pembatalan hingar yang lebih efektif serta bantu memberikan bunyi autentik yang lebih jelas dengan herotan minimum. Ini adalah kerana cip yang digunakan sama seperti yang terdapat pada model lebih premium WH-1000XM5.



Untuk lebih penyesuaian, pembatalan hingar bunyi persekitaran boleh dilaras dari 20 tahap yang berbeza menggunakan aplikasi Sony | Headphones Connect. Perbualan juga lebih jelas dengan teknologi Precise Voice Pickup dengan kedudukan mikrofon yang strategik, serta dikelilingi teknologi Wind Noise Reduction Structure untuk mengurangkan bunyi latar belakang.

WH-CH720N juga mempunyai reka bentuk ergonomik serta badan yang ringan dengan berat hanya 192 gram. Ketahanan bateri dikatakan selama 35 jam dengan pembatalan hingar dihidupkan. 



Sony WH-CH520

Dalam pada itu, WH-CH520 pula boleh digunakan beberapa hari dengan ketahanan bateri selama 50 jam, dengan mempunyai berat 147 gram. WH-CH520 juga memiliki mikrofon berkualiti tinggi dengan penindasan bunyi yang membolehkan ia untuk mengurangkan bunyi bising semasa panggilan dilakukan, walau dalam persekitaran bising. Kusyen telinga pada WH-CH520 juga lebih selesa dengan penggunaan jangka panjang.

Kedua-dua model ini dilengkapi Digital Sound Enhancement Engine (DSEE), yang mampu menghasilkan kualiti bunyi sama seperti rakaman asal. Terdapat juga sambungan Multipoint, butang operasi pada fon telinga dan kawalan menggunakan suara. Dengan adanya Swift Pair dan Fast Pair, sambungan juga lebih mudah dipadankan.

WH-CH720N (atas) dan WH-CH520 (bawah)

WH-CH720N boleh didapati pada harga RM649 dalam warna biru, putih dan hitam, manakala WH-CH520 boleh didapati pada harga RM229 dalam warna biru, krim, putih dan hitam. Bagi yang berminat, ia akan tersedia di Malaysia bermula 1 Mac 2023 di laman rasmi Sony.

Tags: SonySony HeadphonesSony WH-CH520Sony WH-CH720N
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Sony lancar dua headphone mampu milik: WH-CH720N dan WH-CH520

Sony lancar dua headphone mampu milik: WH-CH720N dan WH-CH520

23 February 2023
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER