• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V27e dengan kamera 64MP boleh didapati pada harga RM1,299

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:50 pm
  • 01/03/2023
  • Komen
Vivo V27e dengan kamera 64MP boleh didapati pada harga RM1,299
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia mengumumkan ketibaan produk baharu dalam kategori harga patut. Vivo V27e adalah telefon yang menampilkan kemasan belakang yang cantik bermotifkan gelombang air terutamanya kalau anda dapatkan yang bewarna Lavendar Purple.

Harga Vivo V27e di Malaysia

Vivo V27e ditawarkan dalam satu varian iaitu RAM 8GB dan storan 256GB. Ia dijual di Malaysia pada harga RM1,299. Seperti biasa, jangan lepaskan promo menarik pembelian awal telefon ini untuk dapatkan hadiah menarik.



Bermula sekarang sehingga 19 Mac 2023, setiap pembelian Vivo V27e akan disertakan sekali hadiah bernilai RM666. Di dalamnya ada terkandung, Vivo Smart Tag (RM69), Bluetooth Speaker (RM99), Jaminan tambahan (RM498), dan promosi PWP Vivo TWS 2.

Anda boleh lawati gedung dalam talian Vivo untuk maklumat lanjut.



Spesifikasi Vivo V27e

Vivo V27e adalah sebuah telefon kelas pertengahan. Ia diperkasa cip Mediatek Helio G99 yang bergandingan bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Ada satu slot mikro-SD sekiranya storan tadi tidak mencukupi, ia juga adalah slot kad SIM kedua sekiranya perlu.

Di bahagian muka, telefon ini memperagakan panel AMOLED sebesar 6.62” pada resolusi FHD+. Kadar segar semula panel yang digunakannya adalah 120Hz.

Antara ciri mercu telefon ini adalah kamera utamanya yang menggunakan sensor 64MP. Tapi dua kamera lain seakan tiada pun takpa. Mereka ialah 2 kamera 2MP satu untuk bokeh dan satu lagi untuk makro. Mungkin kos yang dijimatkan dileburkan pada kamera depan 32MP.

Sistem bateri berkapasiti 4,500mAh membekalkan segala keperluan tenaga untuk telefon ini. Ia boleh diisi penuh menggunakan blok pengecas berkuasa 66W yang disediakan di dalam kotak.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: androidvivoVivo V27e
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Vivo V27e dengan kamera 64MP boleh didapati pada harga RM1,299

Vivo V27e dengan kamera 64MP boleh didapati pada harga RM1,299

1 March 2023
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN