• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple pecah rekod, 8 dari 10 telefon terbanyak dijual tahun lepas adalah iPhone!

  • OLEH Najib
  • 4:34 pm
  • 09/03/2023
  • Komen
Apple pecah rekod, 8 dari 10 telefon terbanyak dijual tahun lepas adalah iPhone!
Share on FacebookShare on Twitter

Counterpoint Research, firma penyelidikan antarabangsa telah mengeluarkan laporan jualan telefon pintar tahun 2022. Di dalam senarai 10 telefon paling banyak dijual, 8 daripadanya adalah telefon keluaran Apple. Walaupun Samsung masih kekal sebagai pengeluar terbanyak telefon pintar, hanya dua model Samsung terdapat dalam senarai 10 tertinggi.

Telefon di kedudukan pertama paling banyak terjual tahun lepas adalah iPhone 13. Ia menyumbang kepada 28% jualan telefon Apple dan 5% jualan telefon pintar sedunia. Untuk jualan bulanan, iPhone 13 menduduki tempat pertama selama 8 bulan berturut-turut sejak Januari, sebelum iPhone 14 dilancar. Di tangga kedua adalah iPhone 13 Pro Max, juga kekal dari Januari sehingga Ogos, memegang 2.6% jualan tahun lepas.



Walaupun lewat dilancar pada akhir tahun dan berhadapan masalah pengeluaran, iPhone 14 Pro Max berjaya menduduki tangga ke-3 dalam 10 jualan terbaik. Sejurus dilancarkan, ia menduduk tempat pertama bagi bulan September, Oktober dan November tetapi jauh ke tempat kedua pada Disember.

Model lain iPhone yang terdapat dalam senarai 10 jualan terbaik ini adalah iPhone 13 Pro di tempat ke-5, iPhone 12 di tempat ke-6, iPhone 14 di tempat ke-7, iPhone 14 Pro di tempat ke-8 dan iPhone SE 2022 di tangga ke-9. Meskipun menggunakan cip lama yang serupa dengan model sebelumnya, iPhone 14 berjaya merampas takhta pertama pada bulan Disember. iPhone 12 pula adalah telefon terbanyak dijual tahun 2021 dan kekal menjadi telefon pintar paling tua dalam senarai 10 terbaik 2022.



iPhone 14
iPhone SE 2022

Menurut Counterpoint, model iPhone SE 2020 sangat digemari ramai pengguna di Amerika Syarikat, Jepun dan China. Ia juga adalah iPhone paling murah boleh dibeli dan tiada Face ID.

Di dalam senarai ini, dua model yang bukan iPhone adalah Samsung Galaxy A13 di tangga ke-4 dan Samsung Galaxy A03 di tempat ke-10. Kedua-dua telefon ini adalah mampu milik dengan harga di bawah RM800. Malah, telefon ini tiada sokongan 5G dan menjadi pilihan ramai dek harganya yang murah dan terdapat di lebih banyak pasaran di seluruh dunia.

Galaxy A13
Galaxy A03

Counterpoint menerangkan lagi, mereka percaya 10 model telefon yang banyak terjual ini akan terus meningkat jualannya kerana syarikat mahu fokus untuk menghabiskan stok sedia ada dan mengoptimumkan pelancaran model baru. Mereka menjangka, pengeluar telefon pintar akan mengurangkan model baru tahun ini bagi mengurangkan persaingan model mereka yang hampir serupa.

Dinyatakan juga, model telefon pintar seluruh dunia telah berkurang dengan banyak, dari 4,200 model di tahun 2021 kepada 3,600 model tahun 2022. Counterpoint juga menjangka jenama akan memberi lebih fokus kepada model premium untuk meningkatkan keuntungan berbanding jumlah unit terjual.

Kita telah melihat pada tahun lepas, kebanyakan jenama melancar hanya satu model premium dan flagship, berbanding dua pelancaran sebelum itu. Malah, harga peranti flagship juga meningkat untuk menampan unit jualan yang berkurangan. IDC baru-baru ini melaporkan pengedaran telefon pitnar seluruh dunia berkurangan sebanyak 11.3% pada tahun 2022, terendah dicatatkan sejak 2013. Tahun ini dijangka akan lebih rendah kerana peningkatan inflasi yang memberi kesan kepada kuasa membeli. Melihatkan keadaan ini, pengeluar telefon pintar akan lebih berhati-hati di dalam perancangan dan pengedaran dan mengubah hala tuju dengan fokus kepada keuntungan.

[Sumber: Counterpoint]

Tags: CounterpointGalaxy A13iphone 13iphone 14mobilesamsungsamsung galaxy a03Samsung Galaxy A13
Najib

Najib

POPULAR

Apple pecah rekod, 8 dari 10 telefon terbanyak dijual tahun lepas adalah iPhone!

Apple pecah rekod, 8 dari 10 telefon terbanyak dijual tahun lepas adalah iPhone!

9 March 2023
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER