• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini masalah dengan 5G Malaysia menurut GSMA

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:46 am
  • 11/03/2023
  • Komen
Ini masalah dengan 5G Malaysia menurut GSMA
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan perubahan tampuk kepimpinan, Malaysia kini sedang menilai semula pelan pembangunan 5G dan salah satu sasaran yang ditetapkan adalah mencapai liputan 80% kawasan berpenduduk sebelum tamat 2023. Sementara kerajaan sedang menimbang tara, GSMA telah menerbitkan satu laporan impak sekiranya Malaysia terus mempertahan sistem rangkaian borong tunggal (SWN).

Sewaktu temu bual kami bersama ketua rantau Asia Pasifik untuk GSMA, Julian Gorman, dia menekankan kepentingan persaingan untuk memacu inovasi di Malaysia. Berdasarkan laporan impak yang disebutkan tadi, ketiadaan pesaing dalam model SWN telah merencatkan inovasi pada segi pembangunan infrastruktur.



Dengan adanya persaingan, momentum pertumbuhan rangkaian telekomunikasi boleh ditambah baik dan memberi manfaat pada segi penurunan kos, mempertingkat ketangkasan, dan menjadikan vendor lebih proaktif dalam penyampaian.

Sekiranya hala tuju tidak diperbetul dalam masa terdekat, Malaysia bakal berdepan dengan cabaran misalnya dalam kategori Open RAN, 5G Advance, dan Satellite.



Cakupan populasi adalah sasaran yang salah untuk pembangunan 5G

Apabila ditanya tentang kepentingan menyebarluaskan cakupan 5G pada kadar sepantas mungkin, pihak GSMA mengatakan yang ia adalah KPI yang sudah lapuk.

Cakupan tak penting, lebih penting macam mana pengguna memanfaatkan 5G

Sebaliknya, fokus perlu diberikan kepada bagaimana 5G boleh memberi nilai tambah pada perusahaan dan menujah inovasi.

Dengan mengambil contoh Rwanda, negara itu mempunyai cakupan 4G yang baik, namun disebabkan penggunannya tidak memanfaatkan speenuhnya keupayaan 4G, tidak banyak inovasi lahir daripada inisiatif tersebut.

Setakat ini, kadar penerimaan 5G di Malaysia cumalah 1%. Apalah gunanya sekiranya 5G ada di 80% kawasan berpenduduk tapi cuma 1% memiliki telefon yang sokong 5G? Jiran kita Thailand ada pelabuhan dan hospital yang diperkasa 5G manakala Singapura ada kilang pemasangan kereta yang memanfaatkan 5G.

Kenapa kadar penerimaan 5G di Malaysia rendah?

Sungguhpun cakupan 5G di Lembah Klang boleh dianggap baik, tidak ramai orang menggunakan 5G. Menurut GSMA, salah satu puncanya adalah disebabkan ketakstabilan landskap politik negara yang turut memberi kesan pada pembangunan 5G.

Perusahaan mega mungkin mampu mengalami sedikit kerugian. Tapi perusahaan sederhana dan kecil tidak mempunyai kapasiti untuk gagal. Makanya, mereka pastinya mengambil laluan yang lebih konservatif dan akhirnya 4G juga menjadi pilihan walaupun 5G sudah ada.

Sekali lagi ditekankan yang persaingan akan memacu inovasi. Singapura misalnya, mereka telah meluluskan lesen 5G yang ketiga untuk menyuburkan inovasi dalam pasaran mereka. India pula baru lancarkan inisiatif 5G dalam tahun 2022 dan katanya mensasarkan untuk jadi peneraju 6G menjelang 2030.

Kos 5G akan naik sekiranya penyedia selain DNB?

DNB mengatakan yang penyedia 5G kedua hanya akan melambat dan meningkatkan kos pembangunan 5G di Malaysia. Namun, menurut GSMA, beberapa kajian menunjukkan yang kerangka perkongsian infrastruktur rangkaian yang baik membolehkan sistem multipenyedia digunakan dan kekalkan kos operasi seperti SWN.

Sistem multipenyedia telahpun digunakan di negara-negara jiran dan masih punya cukup spektrum frekuensi untuk diagihkan antara penyedia.

Buat masa ini, telco sedia ada tidak dibenarkan menggunakan spektrum yang mereka gunakan untuk 4G LTE kepada 5G..

SWN masih punya kelebihan

Setakat ini SWN dilihat masih belum berjaya di peringkat nasional, menurut GSMA. Walau bagaimanapun, SWN ada kelebihannya tersendiri iaitu dalam landskap yang persaingan bukanlah sesuatu yang baik.

Contohnya, tidak munasabah untuk telco bersaing dalam menyediakan cakupan telekomunikasi di pedalaman apabila penggunanya tidaklah ramai. Kata orang, “tak pulang modal”. Makanya, di sinilah SWN memainkan peranan.

Di United Kingdom misalnya, di sana ada usaha sama antara telco untuk membangunkan infrastruktur telekomunikasi di kawasan pedalaman tapi di kawasan bandar, mereka bersaing seperti biasa.

Sekiranya berminat, anda boleh membaca laporan penuh GSMA di sini.

Sumber: SoyaCincau

Tags: 5g5g malaysiaDNBGSMAswn
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Ini masalah dengan 5G Malaysia menurut GSMA

Ini masalah dengan 5G Malaysia menurut GSMA

11 March 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER