• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Shopee

Kaedah ShopeePay ditambah untuk pembayaran perkhidmatan Apple, pilihan selamat berbanding kad bank

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:58 pm
  • 16/03/2023
  • Komen
Kaedah ShopeePay ditambah untuk pembayaran perkhidmatan Apple, pilihan selamat berbanding kad bank
Share on FacebookShare on Twitter

Platform e-dagang gergasi, Shopee hari ini telah mengumumkan ShopeePay boleh digunakan sebagai kaedah pembayaran untuk perkhidmatan Apple di Malaysia. Pembayaran boleh digunakan untuk kesemua perkhidmatan yang ditawarkan Apple seperti pembelian aplikasi di AppStore, langganan Apple Music, storan iCloud, iTunes Store, Apple TV dan Arcade.

Ia boleh ditambah dan diurus dalam tetapan Apple ID di iPhone, iPad, Mac, malah komputer Windows melalui iTunes. Dengan penambahan kaedah ShopeePay, ia akan mempelbagaikan pilihan pengguna untuk memilih kaedah pembayaran yang digemari mereka.



Ketua ShopeePay, Alain Yee berkata, “ShopeePay komited untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin mengharapkan pembayaran yang lancar merentas semua platform. Kami teruja untuk menawarkan ShopeePay sebagai pilihan pembayaran yang mudah untuk pelanggan kami, dan meluaskan akses kepada pembayaran digital, memberi manfaat kepada lebih ramai pengguna.”

Tapi untuk menggunakannya, anda perlu menambah kaedah ShopeePay dalam tetapan Apple ID terdahulu.



Cara tambah ShopeePay di Apple ID

Untuk menambah kaedah pembayaran ShopeePay juga mudah. Anda boleh pergi ke tetapan Apple ID, kemudian pilih Payment & Shipping, dan tekan Add Payment Method. Di situ anda akan lihat pilihan ShopeePay. Tekan Log in to ShopeePay dan ia akan membawa ke aplikasi Shopee atau laman web Shopee (bergantung pada peranti yang anda gunakan) untuk mengesahkan akses perkhidmatan Apple pada akaun ShopeePay. Hanya tekan I Agree. Selepas itu anda boleh mula menggunakan ShopeePay sebagai kaedah pembayaran perkhidmatan Apple.

ShopeePay adalah e-dompet kedua yang menawarkan kaedah pembayaran untuk perkhidmatan Apple selepas Touch ‘n Go eWallet. Selain itu, terdapat juga kaedah pembayaran menggunakan kad kredit atau debit, dan juga pembayaran melalui bil telco Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile.

Penggunaan ShopeePay untuk pembayaran perkhidmatan Apple mungkin menambah lapisan keselamatan berbanding penggunaan kad kredit atau kad debit kerana anda perlu menambah nilai ShopeePay secara manual, atau boleh melakukan transaksi menggunakan DuitNow dari akaun bank.

Jika anda nak tahu lebih lanjut berkaitan penambahan kaedah pembayaran ShopeePay di Apple ID, boleh layari laman web Shopee di sini.

Tags: ShopeeShopee MalaysiaShopeePay
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kaedah ShopeePay ditambah untuk pembayaran perkhidmatan Apple, pilihan selamat berbanding kad bank

Kaedah ShopeePay ditambah untuk pembayaran perkhidmatan Apple, pilihan selamat berbanding kad bank

16 March 2023
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN