• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Temu janji Pemeriksaan Kesihatan Pergigian boleh di tempah sekarang di MySejahtera, untuk Fasa 1

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:44 pm
  • 20/03/2023
  • Komen
Temu janji Pemeriksaan Kesihatan Pergigian boleh di tempah sekarang di MySejahtera, untuk Fasa 1
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, kami ada melaporkan bahawa MySejahtera akan menambah ciri tempah janji temu bagi Pemeriksaan Kesihatan Gigi. Kini, sistem itu boleh diguna pakai bermula 20 Mac 2023, tapi untuk Fasa 1. Pengumuman ini dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi satu hantaran Twitter yang mengumumkan terdapat dua Fasa untuk pelaksanaan sistem ini.

Fasa 2 : Bermula Mei 2023, perluasan penggunaan Sistem Janji Temu di semua klinik pergigian.

Pelaksanaan Janji Temu MySejahtera diharap dapat mengurangkan masa menunggu para pesakit mendapatkan perkhidmatan pergigian di klinik kerajaan dan melancarkan proses rawatan pergigian.

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) March 16, 2023

Untuk Fasa 1, penggunaan sistem ini hanya tersedia untuk tempahan janji temu di semua klinik pergigian kerajaan di Melaka dan Pulau Pinang sahaja. Untuk Fasa 2 pula, penggunaan sistem ini baru diperluaskan lagi untuk semua Klinik Pergigian kerajaan di seluruh Malaysia bermula Mei 2023.



Tidak diketahui kenapa Melaka dan Pulau Pinang menjadi pilihan pertama untuk memulakan penggunaan sistem ini, berbanding kawasan Lembah Klang. Bagi penduduk selain Melaka dan Pulau Pinang, buat masa sekarang anda dinasihat untuk pergi secara walk in jika ingin mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan pergigian.

Dengan penambahan sistem tempahan janji temu, ia akan dapat mengurangkan masa menunggu pesakit serta melancarkan proses untuk pesakit mendapatkan rawatan pergigian di Klinik Pergigian kerajaan.



Cara untuk membuat tempahan janji temu

  1. Buka aplikasi MySejahtera
  2. Di paparan utama, tekan pilihan Janji Temu.
  3. Tekan nama anda untuk tempahan janji temu.
  4. Pilih Pemeriksaan Kesihatan Pergigian.
  5. Untuk cari fasiliti kesihatan, anda perlu mencari mengikut negeri, contohnya Melaka atau Pulau Pinang yang tersedia buat masa sekarang. Setelah mencari, anda akan nampak senarai Klinik Pergigian dan anda boleh pilih klinik pergigian yang berhampiran anda.
  6. Pilih tarikh anda
  7. Pilih masa janji temu yang tersedia
  8. Kemudian sahkan temu janji
Tags: kkmmysejahtera
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Temu janji Pemeriksaan Kesihatan Pergigian boleh di tempah sekarang di MySejahtera, untuk Fasa 1

Temu janji Pemeriksaan Kesihatan Pergigian boleh di tempah sekarang di MySejahtera, untuk Fasa 1

20 March 2023
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN