• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V27 disahkan akan hadir ke pasaran Malaysia, menggunakan sensor Sony IMX766V

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:34 pm
  • 20/03/2023
  • Komen
Vivo V27 disahkan akan hadir ke pasaran Malaysia, menggunakan sensor Sony IMX766V
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo baru-baru ini telah mengesahkan bahawa Vivo V27 akan masuk ke pasaran Malaysia. Model ini adalah penambahan terbaru bagi siri V, bersama-sama V27e yang telah selamat dilancarkan pada awal bulan Mac 2023. V27 akan didatangkan dengan pilihan warna Emerald Green yang mampu berubah warna, serta menggunakan sensor kamera bertaraf flagship Sony IMX766V.

Di laman rasmi Vivo, terdapat countdown bagi pelancaran V27 yang menunjukkan masih ada baki 9 hari menjelang pelancaran. Ia telah dijadualkan pada 30 Mac 2023 jam 7 malam, genap sebulan selepas pelancaran V27e di Malaysia. Oleh kerana V27 dipasarkan sebagai model yang lebih tinggi berbanding V27e, spesifikasinya sudah tentu akan lebih premium.



Spesifikasi Vivo V27

Laman rasmi produk Vivo Malaysia telah menyenaraikan spesifikasi penuh Vivo V27. V27 dikuasakan oleh SoC 4nm MediaTek Dimensity 7200 dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Terdapat juga teknologi Extended RAM sekiranya RAM tersebut tidak mencukupi. Bateri dimuatkan berkapasiti 4,600mAh dengan pengecasan pantas 66W FlashCharge yang mampu mengecas sehingga 50% dengan hanya 19 minit masa pengecasan menggunakan USB-C.

Ia mempunyai skrin melengkung 3D berukuran 6.78 inci dengan resolusi 1080×2400, serta menggunakan panel AMOLED yang menyokong kadar segar semula sehingga 120hz dan HDR10+. Untuk membuka kunci telefon, terdapat pengimbas cap jari di dalam skrin. Bukan itu sahaja, telefon ini memiliki fizikal badan senipis 7.36mm dan mempunyai berat 180g.



Di bahagian pengimejan, ia menggunakan tetapan tiga kamera dengan kamera utama 50MP menggunakan sensor Sony IMX766V, kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 2PM. Ada juga ciri Aura Light Portrait untuk menghasilkan gambar malam yang lebih cantik. Untuk kamera selfie, ia mempunyai kamera sebesar 50MP.

Setakat ini, Vivo tidak mendedahkan harga rasmi untuk V27, tapi sudah pasti ia akan diketahui sebaik pelancarannya nanti. Untuk rujukan anda, V27 dilancarkan pada harga USD400 (~RM1,794.40) di pasaran antarabangsa untuk varian RAM 8GB + 512GB ROM. Jadi, kita boleh jangkakan harga V27 akan ditetapkan pada paras itu.

Untuk info lebih lanjut, nantikan pelancaran Vivo V27 yang akan berlangsung hujung bulan Mac ini.

Tags: vivovivo Malaysiavivo v27Vivo V27e
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Vivo V27 disahkan akan hadir ke pasaran Malaysia, menggunakan sensor Sony IMX766V

Vivo V27 disahkan akan hadir ke pasaran Malaysia, menggunakan sensor Sony IMX766V

20 March 2023
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER