• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lenovo lancar subjenama gaming baharu, LOQ, dan ini 3 produk pertama mereka

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:07 pm
  • 24/03/2023
  • Komen
Lenovo lancar subjenama gaming baharu, LOQ, dan ini 3 produk pertama mereka
Share on FacebookShare on Twitter

Lenovo telah lancarkan subjenama mereka yang kedua yang bernama Lenovo LOQ. Ia akan menyertai subjenama sedia ada iaitu Lenovo Legion. Sebagai permulaan, mereka memperkenalkan dua model laptop gaming dan sebuah CPU yang masing-masing diperkasa spesifikasi menarik untuk tahun 2023.

Lenovo LOQ 15 & LOQ 16

Angka 15 dan 16 pada nama model merujuk kepada saiz skrin masing-masing. LOQ 15 dilengkapi panel paparan 15” beresolusi WQHD (2560 x 1440) dengan kadar segar semula 165Hz, secara 350nits, dan menyokong kedua-dua NVIDIA G-SYNC dan AMD FreeSync. LOQ 16 pula memiliki panel paparan 16” pada resolusi WQXGA (2560 x 1600) tapi masih kekalkan spesifikasi seperti kadar segar semula 165Hz, kecerahan 350 nits, dan sokongan NVIDIA G-SYNC serta AMD FreeSync.



Atas papan utama, kesemua mereka ditawarkan CPU dalam konfigurasi Intel Core i7-13700H ataupun AMD Ryzen 7 7840HS untuk dipilih. Bersama-sama dengan CPU itu, kombinasi RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 1GB ditawarkan bergantung kepada varian.

Untuk menampung bebanan gaming, kedua-dua laptop gaming Lenovo LOQ ini ditawarkan dalam konfigurasi sehingga NVIDIA GeForce RTX4060.



Port I/O yang agak mewah disediakan untuk kemudahan pengguna. Anda terima USB-C 10Gbps dengan kemampuan PD 140W, anda juga ada jek audio 3.5mm untuk headfon kegemaran serta port 3 USB-A untuk aksesori sampingan. Dua lagi I/O yang berguna adalah HDMI 2.1 dan RJ45 untuk sambungan rangkaian setempat (LAN). Bilangan port adalah berkongsi antara LOQ 15 dan LOQ 16.

Lagi komponen yang berkongsi adalah sistem pengecasan 230W yang boleh mengecas sehingga penuh dalam masa 80 minit. Kapasiti bateri adalah berbeza dengan LOQ 16 dibekalkan bateri 80Whr manakala LOQ 15 diberi 60Whr.

Untuk pasaran Malaysia, harga untuk laptop dalam siri ini masih belum diumumkan. Dalam pasaran Amerika Syarikat sana, LOQ 15 versi Intel, GPU RTX4050, RAM 16GB, dan storan 512GB ditawarkan pada harga USD1819.99. Satu lagi model yang sedang dijual di sana adalah LOQ 15 versi Intel, GPU RTX4060, RAM 16GB, dan storan 512GB ditawarkan pada harga USD1571.99.

Lenovo LOQ Tower 17

Lenovo LOQ Tower produk jenis CPU. Ia mengguna pakai format mATX dan dimensi set komputer ini adalah pada 17cm (lebar) x 30.4cm (dalam) x 37.6cm (tinggi). Pakej kompak ini sesuai untuk pengguna yang ada ruang terhad tapi tidak mahu korbankan sebarang prestasi.

Atas papan utama, Lenovo LOQ Tower 17 mengguna pakai papan utama dengan cipset Intel B760. Ia dipacu sehingga cip Intel Core i7-13700, GPU sehingga siri Nvidia RTX 40, RAM sehingga 32GB, dan 1 slot SSD bersama-sama 2 slot HDD.

Kesemua komponen ini mengambil kuasa daripada pembekal 500W.

Di bahagian depan badan, pengguna boleh temui 2 USB-A, 1 USB-C, dan 1 jek audio 3.5mm. Port I/O di bahagian belakang dianggotai 4 USB-A, 1 LAN 2.5Gbps, 1 VGA, 1 HDMI, dan 1 audio out.

Lenovo LOQ Tower 17 ditawarkan dalam pasaran A.S pada harga bermula USD979.99 (RM4,337).

Sumber: Lenovo

Tags: cpudesktoplaptoplenovolenovo loq
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Lenovo lancar subjenama gaming baharu, LOQ, dan ini 3 produk pertama mereka

Lenovo lancar subjenama gaming baharu, LOQ, dan ini 3 produk pertama mereka

24 March 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER