• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Note 12 Pro+ 5G, telefon kelas pertengahan di Eropah dengan kamera 200MP

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:07 am
  • 25/03/2023
  • Komen
Redmi Note 12 Pro+ 5G, telefon kelas pertengahan di Eropah dengan kamera 200MP
Share on FacebookShare on Twitter

Subjenama Xiaomi, Redmi, telah melancarkan siri Redmi Note 12 dalam pasaran Eropah. Ia adalah penyambung kepada kejayaan Redmi Note 11 sebagai telefon harga patut yang menawarkan spesifikasi yang kukuh.

Di sana, terdapat 4 varian diperkenalkan iaitu:



  • Redmi Note 12 Pro+ 5G
  • Redmi Note 12 Pro 5G
  • Redmi Note 12 5G
  • Redmi Note 12

Artikel ini akan berkongsikan maklumat lanjut tentang Redmi Note 12 Pro+ 5G dan juga Redmi Note 12 Pro 5G. Anda boleh baca tentang Redmi Note 12 5G dan Redmi Note 12 dalam pautan di bawah.

Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut



Spesifikasi Redmi Note 12 Pro+ 5G

Kita mulakan dengan yang paling tinggi dalam harierki iaitu Redmi Note 12 Pro+ 5G. Di bahagian muka, telefon ini dilengkapi panel paparan 6.67” beresolusi FHD+ daripada jenis AMOLED. Kadar segar semula yang dimiliki panel paparan ini adalah 120Hz.

Atas papan utama, Xiaomi mengenakan Mediatek Dimensity 1080. Cip ini agak baharu, kami laporkan pelancarannya dalam bulan Oktober 2022 lalu. Ia adalah sekuel kepada Dimensity 920 dan berada dalam keluarga 6nm.

Ia masih mengekalkan konfigurasi 8 teras seperti Dimensity 920 yang dibahagikan ke dalam 2 kluster. Kluster berprestasi tinggi mengandungi 2 teras Cortex-A78 manakala kluster jimat tenaga mengandungi 6 teras Cortex-A55. Beban pemerosesan grafik pada cip ini dikendalikan oleh Mali-G68.

Untuk varian Pro+ 5G, hanya satu konfigurasi RAM dan storan disediakan iaitu 8+256.

Beralih ke komponen pengimejan, ia memiliki kamera belakang utama 200MP bersama-sama dua kamera lagi iaitu kamera ultalebar 8MP dan kamera makro 2MP. Selfie diambil menggunakan kamera 16MP.

Menyalakan telefon ini adalah tangki berkapasiti 5,000mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 120W.

Lain-lain ciri menarik yang anda perlu tahu adalah seperti konfigurasi speaker stereo, jek audio 3.5mm, dan pemancar infremerah.

Redmi Note 12 Pro+ 5G dijual dalam pasaran Eropah pada harga EUR499 (RM2,381).

Spesifikasi Redmi Note 12 Pro 5G

Redmi Note 12 Pro 5G asasnya adalah Redmi Note 12 Pro+ 5G yang berbeza di beberapa bahagian.

Dimulakan dengan yang sama terlebih dahulu. Redmi Note 12 Pro ada badan yang sama, panel paparan 6.67” yang sama, SoC Mediatek 1080 yang sama, kamera selfie 16MP yang sama, kapasiti bateri 5,000mAh yang sama dan semua ciri-ciri menarik yang boleh anda temukan pada varian Pro+ 5G.

Namun yang diturun taraf adalah kamera belakangnya. Daripada sensor 200MP, Xiaomi tukarkannya dengan kamera 50MP. Selain kamera utama, dua baki kamera belakang lain miliki spesifikasi yang sama.

Kapasiti bateri kekal, tapi sistem pengecasan pantas berubah kepada 67W. Walau bagaimanapun, 67W adalah satu angka yang sangat baik untuk kuasa blok pengecasan.

Xiaomi menyediakan beberapa konfigurasi RAM+St-ran untuk Redmi Note 12 Pro. Pengguna boleh dapatkan sama ada 6+128, 8+128, ataupun 8+256.

Redmi Note 12 Pro+ 5G dijual dalam pasaran Eropah pada harga bermula EUR399 (RM1,904).

Tags: mobileRedmiredmi note 12redmi note 12 5gredmi note 12 pro 5gredmi note 12 pro plus 5gtelefonxiaomi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Redmi Note 12 Pro+ 5G, telefon kelas pertengahan di Eropah dengan kamera 200MP

Redmi Note 12 Pro+ 5G, telefon kelas pertengahan di Eropah dengan kamera 200MP

25 March 2023
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN