• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple WWDC23 akan berlangsung pada awal Jun, dijangka umum iOS 17, macOS 14 dan Peranti AR/VR baharu

  • OLEH Najib
  • 10:56 am
  • 30/03/2023
  • Komen
Apple WWDC23 akan berlangsung pada awal Jun, dijangka umum iOS 17, macOS 14 dan Peranti AR/VR baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Acara Persidangan Pembangun Apple Sedunia (WWDC) merupakan acara yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat. Apple kini mengesahkan bahawa WWDC23 akan diadakan pada awal Jun 2023.

Seperti biasa, acara ini akan diadakan atas talian. Bagi pembangun perisian dan pelajar, mereka berpeluang untuk menyertai acara khas persendirian di Apple Park pada hari pertama. Apple dijangka akan membentangkan pembangunan terbaru sistem operasi mereka meliputi iOS, iPadOS, macOS, watchOS dan tvOS. Memandangkan iPhone 15 akan dilancar pada akhir tahun ini, kita pastinya dapat melihat apa yang akan dibawakan oleh iOS 17 nanti.



WWDC23 adalah acara 5-hari yang berlangsung dari 5 hingga 9 Jun 2023. Bagi pembangun perisian Apple yang berminat hadir sendiri, boleh membuat permohonan tetapi tempat adalah terhad. Menurut Apple, jemputan akan diberikan menerusi proses pemilihan rawak dan mereka yang berjaya menerima jemputan akan dimaklumkan pada 5 April jam 6 petang waktu tempatan.

Specifically, the WWDC invite resembles what is called a pancake lens array (🥞yum!), which is often used in… VR goggles. pic.twitter.com/TlVhat2cAr

— Halide (@halidecamera) March 29, 2023

Khabar angin kuat menyatakan bahawa Apple mungkin akan mengumumkan Set Kepala Realiti Campuran di WWDC23. Malah, gambar di jemputan WWDC23 kelihatan menyerupai lensa pankek, yang sering digunakan di gogel VR.



Beberapa hari lepas, ada laporan menyatakan set kepala AR/VR telah diperlihatkan kepada pegawai tertinggi di Cupertino, petanda besar bahawa ia akan dilancarkan kepada umum tidak lama lagi. Mark Gurman, penganalisa Apple di Bloomberg menyebut, “demonstrasi tersebut sangat baik, megah dan mengujakan, tetapi ramai eksekutif melihat dengan jelas tentang cabaran Apple memasuki pasaran baharu ini”.

Tetapi, jangan pula menyangka bahawa Set Kepala Realiti Campuran Apple ini akan menjadi mampu milik untuk orang ramai. Produk serba baharu ini dikatakan akan berharga sekitar USD3,000 (~RM13,254) dan memerlukan bateri luaran sebagai sumber tenaga. Pasti semuanya akan diketahui pada minggu pertama Jun kelak.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: appleApple WWDCiOSios 17wwdc 2023
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Apple WWDC23 akan berlangsung pada awal Jun, dijangka umum iOS 17, macOS 14 dan Peranti AR/VR baharu

Apple WWDC23 akan berlangsung pada awal Jun, dijangka umum iOS 17, macOS 14 dan Peranti AR/VR baharu

30 March 2023
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER