• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp akan tambah ciri Kunci Chat, elak orang lain buka chat peribadi

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:28 am
  • 04/04/2023
  • Komen
WhatsApp akan tambah ciri Kunci Chat, elak orang lain buka chat peribadi
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi pemesejan pilihan ramai, WhatsApp, telah banyak memperkenalkan ciri keselamatan untuk mengutamakan privasi pengguna. Kini, WhatsApp dikatakan sedang membangunkan ciri privasi terbaru iaitu Kunci Chat, setelah dijumpai oleh WABetaInfo dalam kemas kini beta WhatsApp untuk Android 2.23.8.2.

Ciri kunci chat membolehkan pengguna untuk mengunci sebarang chat, dengan memerlukan cap jari atau kod laluan untuk mengaksesnya. Ini sekaligus akan menambah lapisan keselamatan pada penggunaan WhatsApp dan menghindarkan perbualan sensitif daripada tersebar. Ini juga dapat mengelakkan orang lain yang menggunakan telefon anda boleh membuka dan membaca perbualan WhatsApp sesuka hati.



Untuk lebih jelas, WABetaInfo ada memberikan tangkapan skrin untuk membuka mata anda bagaimana ciri ini berfungsi.

Berdasarkan gambar di atas, ciri kunci chat boleh didapati di bahagian info individu atau kumpulan. Di situ, akan ada butang untuk menghidupkan atau mematikan ciri ini. Setelah mengunci sesebuah chat, ia secara automatik akan ditambah ke senarai chat yang telah dikunci dan hanya tersedia di dalam ruangan tersebut.



Adalah mustahil untuk orang lain membuka chat melainkan anda memberi akses menggunakan cap jari atau mereka mengetahui kod laluan. Jika orang lain cuba untuk mengakses telefon dan gagal memberikan pengesahan yang diperlukan, mereka akan digesa untuk mengosongkan chat bagi mendapat akses pada perbualan tersebut.

Selain itu, untuk tidak meninggalkan kesan di dalam telefon pula, ciri ini memastikan fail media seperti gambar dan video yang dihantar dalam chat dikunci tidak akan disimpan secara automatik di dalam galeri telefon. Namun begitu, tetapan muat turun media automatik sudah tersedia di dalam WhatsApp dan boleh dimatikan pada bila-bila masa. Jadi, saya beranggapan bahawa gambar tidak akan tersimpan di dalam galeri walaupun ciri muat turun automatik hidup.

Ciri ini sedang dibangunkan dan mungkin akan datang pada kemas kini WhatsApp akan datang. Oleh kerana ciri ini dijumpai di beta WhatsApp versi Android di Google Play Store, tidak mustahil untuk ianya datang pada versi Android dahulu, kemudian di iOS.

[Sumber: WABetaInfo]

Tags: androidGoogle Playstorewhatsappwhatsapp beta
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
WhatsApp akan tambah ciri Kunci Chat, elak orang lain buka chat peribadi

WhatsApp akan tambah ciri Kunci Chat, elak orang lain buka chat peribadi

4 April 2023
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER