• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nintendo tawar servis baiki percuma sepanjang hayat untuk isu Joy-Con Drift

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:33 pm
  • 06/04/2023
  • Komen
Isu yang gagal diselesaikan Nintendo  lebih 5 tahun lamanya mudah dirungkaikan oleh YouTuber ini
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo dilapor akan membaiki pad kawalan Joy-Con Nintendo Switch secara percuma walaupun unit tersebut berada di luar tempoh jaminan. Berita baik itu dikongsikan oleh pihak European Consumer Organization (BEUC) selepas rundingan bersama Nintendo. Dikhabarkan yang hampir 25,000 aduan yang diterima ke atas konsol permainan Nintendo Switch adalah tentang fenomena “Joy-Con Drift”.

Let's-a go!

Go repair your Switch controllers, free of charge.

We contacted Nintendo to address the recurring technical problem with irresponsive Switch controllers and they agreed to offer all consumers the right to repair, free of charge, even beyond the legal guarantee!

— European Commission (@EU_Commission) April 4, 2023

Tawaran ini akan mencakupi unit yang dibeli dalam Wilayah Ekonomi Eropah, UK, dan Switzerland dan akan dijalankan oleh pusat khidmat pelanggan Nintendo yang bertauliah. Nintendo dalam tahun 2019 telahpun menawarkan solusi yang sama untuk pasaran Amerika Utara.



Sungguhpun dilihat sebagai satu kejayaan, pihak berkuasa di sana melihatnya sebagai satu solusi sementara. Hal ini kerana, sehingga sekarang Nintendo masih dibenar menjual produk yang terang-terang tidak mencapai piawaian kualiti yang sepatutnya tanpa sebarang implikasi undang-undang.

Dalam tahun 2021 sewaktu satu sesi soal jawab, Presiden Nintendo, Shuntaro Fukurawa, sendiri memohon maaf ke atas masalah Joy-Con Drift produk mereka. Salah seorang pengurus besar di Nintendo, Ko Shiota, mengatakan yang isu ini tidak dapat dielakkan kerana ia adalah kesan geseran antara dua komponen yang bergerak.



Namun, ia tidak dapat diterima pengguna umum kerana sudah ada pad kawalan yang mengguna pakai sensor “hall effect” yang tidak menghasilkan geseran sewaktu beroperasi dan ia telah digunakan oleh beberapa pad kawalan pesiangnya.

Sumber: Nintendo, ArsTechnica

Tags: nintendo
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Isu yang gagal diselesaikan Nintendo  lebih 5 tahun lamanya mudah dirungkaikan oleh YouTuber ini

Nintendo tawar servis baiki percuma sepanjang hayat untuk isu Joy-Con Drift

6 April 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER