• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:36 pm
  • 06/04/2023
  • Komen
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat
Share on FacebookShare on Twitter

Kami sudah mengemas kini cara semak arah kiblat untuk tahun 2024 di sini.

Bagi orang muslim di seluruh dunia, arah kiblat adalah penting bagi membolehkan ibadah solat dilaksana. Oleh itu, adalah mustahak untuk anda menentukan arah kiblat dimana jua anda berada. Di Malaysia, kebanyakan tempat penginapan dan hotel ada menyediakan arah kiblat. Tapi, pernah tak anda melancong ke tempat asing dan tiada arah kiblat ditunjukkan? Jika pernah, di sini saya akan kongsikan cara untuk mencari arah kiblat dari cari tradisional, hinggalah menggunakan teknologi yang terdapat pada masa kini.



1. Menggunakan kompas

Sumber gambar Aku Islam

Cara pertama adalah dengan menggunakan kompas. Terdapat banyak jenis kompas yang boleh didapatkan dipasaran dan harganya pun tidaklah mahal. Cara menentukan arah kiblat juga adalah lebih kurang sama pada kebanyakan jenis kompas. Hanya letakkan kompas pada permukaan rata, tetapkan arah kompas pada 292 darjah, kemudian halakan jarum kompas pada arah utara. Sudut yang bertanda pada 292 darjah adalah rujukan arah kiblat anda.

2. Aplikasi TheNoor

Dengan teknologi sekarang yang canggih, kiblat boleh ditentukan dengan lebih mudah melalui aplikasi islamik seperti TheNoor, aplikasi yang dihasilkan oleh pengacara dan usahawan tanah air, Neelofa. Untuk menentukan arah kiblat menggunakan TheNoor, caranya amat mudah. Hanya lancarkan aplikasi, kemudian tekan pilihan ‘Explore’ yang terdapat di bahagian bawah muka depan, dan tekan pilihan ‘Qiblah Compass’. Ia akan memaparkan bentuk kompas digital dan menunjukkan tanda arah kiblat. Jadi, anda hanya perlu halakan telefon anda ke arah kiblat dan dari situ anda boleh menentukan arah kiblat dengan tepat.



Aplikasi TheNoor boleh dimuat turun di App Store atau di Play Store.

3. Aplikasi QalbyApp

Selain TheNoor, terdapat juga aplikasi islamik lain yang menawarkan ciri mencari arah kiblat seperti QalbyApp. Ia adalah aplikasi yang diasaskan oleh oleh personaliti TV dan aktivis muslimah Mizz Nina. Cara untuk menentukan arah kiblat menggunakan aplikasi ini juga mudah dan sama seperti aplikasi-aplikasi islamik lain. Hanya buka aplikasi tersebut, dan di muka utama tekan pilihan ‘Qiblah’. Ia akan menunjukkan kompas digital dan anda hanya perlu mengarahkan telefon anda pada arah kiblat yang disediakan.

Aplikasi QalbyApp boleh dimuat turun di App Store atau di Play Store.

4. Menggunakan bayang matahari

Jikalau anda tiada kompas dan sambungan internet, anda boleh menentukan arah kiblat dengan menggunakan bayang matahari. Tapi, kaedah ini tidak boleh dilakukan pada bila-bila masa dan hanya boleh dilakukan ketika peristiwa Istiwa’ A’zam, di mana matahari akan berada betul-betul di atas Kaabah dan ianya hanya berlaku sebanyak dua kali setahun.

Sumber gambar Shafiqolbu

Oleh itu, ia boleh dilakukan pada 28 Mei jam 5:16 petang dan 16 Julai jam 5:28 petang untuk tahun biasa. Kalau untuk tahun lompat, ia akan awal sehari pada 27 Mei dan 16 Julai pada jam yang sama. Pada ketika itu, anda boleh menentukan arah kiblat dengan meletakkan kayu atau objek tegak di permukaan rata, dan bayang akan menghala bertentangan dari arah kiblat atau Kaabah.

5. Pelayar Qibla Finder

Akhir sekali, jika anda malas nak memuat turun aplikasi atau storan telefon anda penuh, anda juga boleh menentukan arah kiblat menggunakan pelayar Qibla Finder. Untuk berbuat demikian, anda perlu pergi ke laman web Qibla Finder, atau boleh klik sahaja di sini.

Setelah melancarkan pelayar tersebut, ia akan meminta anda menghalakan peranti anda mengikut arah yang dipaparkan untuk mencari arah kiblat, jika tepat ia akan menunjukkan ikon Kaabah. Walau bagaimanapun, fungsi akan beroperasi seperti yang disebutkan jikalau anda menggunakannya di peranti mudah alih seperti telefon pintar atau tablet.

Kalau anda menggunakan laptop, ia hanya akan menunjuk arah kiblat melalui peta. Jadi, jika anda mencari arah kiblat melalui pelayar, lebih baik menggunakan telefon pintar kerana arah kiblat boleh ditentukan dengan lebih tepat.

Tags: arah kiblatcara cari arah kiblatkompas kiblatramadan
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER