• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Flux tawar Blueshark R1 untuk dilanggan, harga bermula RM358/bulan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:23 pm
  • 10/04/2023
  • Komen
Flux tawar Blueshark R1 untuk dilanggan, harga bermula RM358/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Flux, platform langganan kereta kini memperluaskan skop penawaran kenderaan mereka kepada motorsikal. Anda kini boleh melanggan beberapa model motorsikal termasuklah motorsikal elektrik sepenuhnya Blueshark R1.

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190



Sebanyak 6 model motorsikal ditawarkan pada pelbagai harga langganan. Berikut adalah harga langganan sebulan untuk kontrak 60 bulan (5 tahun) tidak termasuk cukai 6%:

  • Blueshark R1 – RM414/bulan
  • Blueshark R1 – RM358/bulan
  • Honda RS150R – RM325/bulan
  • Honda Wave 125i – RM291/bulan
  • Yamaha Y15ZR – RM355/bulan
  • Yamaha 135LC – RM333/bulan

Dalam kes Blueshark R1, motorsikal elektrik sepenuhnya yang baru saja dilancarkan. Ia juga ditawarkan dalam promosi langganan seminggu pada harga RM200. Ia lebih murah berbanding program sewaan Blueshark sendiri iaitu RM487/bulan untuk model Lite dan RM547/bulan untuk model biasa.



Buat anda yang ingin melnggan mana-mana motorsikal yang disediakan. Tempoh langganan minimum adalah 24 bulan. Kemudian, Flux juga sediakan pilihan 36 bulan dan juga 60 bulan. Anda juga perlu tahu yang terdapat had perbatuan sebulan dikenakan iaitu 2,000km/bulan. Anda boleh bayar lebih untuk naikkan kepada 2,750km ataupun kepada tanpa had.

Apabila tempoh kontrak langganan anda hampir tamat, anda ada pilihan untuk beli terus kenderaan itu daripada Flux berdasarkan maklumat guaranteed future value (GFV) yang terkandung di dalam kontrak.

Di dalam setiap langganan, perkara seperti insurans, cukai jalan, dan penyelenggaraan ditanggung sepenuhnya oleh Flux. Makanya, anda cuma perlu bayar duit minyak ataupun kos mengecas motorsikal.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: bluesharkblueshark r1flux
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Flux tawar Blueshark R1 untuk dilanggan, harga bermula RM358/bulan

Flux tawar Blueshark R1 untuk dilanggan, harga bermula RM358/bulan

10 April 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN