• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ciri terbaru AirAsia Ride membolehkan anda tempah kereta di luar negara sebelum tiba di destinasi

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:51 pm
  • 19/04/2023
  • Komen
Ciri terbaru AirAsia Ride membolehkan anda tempah kereta di luar negara sebelum tiba di destinasi
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia Ride telah memperkenalkan ciri terbaru membolehkan pengguna untuk pra tempah kereta apabila melancong ke negara lain. Ciri tersebut buat masa ini tersedia untuk tiga destinasi iaitu Kuala Lumpur, Bangkok, Thailand dan Bali, Indonesia. Pra tempah boleh dilakukan seawal tiga hari atau 4 jam sebelum berlepas ke destinasi negara yang dituju.

Pada awal pelancaran, ciri pra tempah ini boleh digunakan di tiga lapangan terbang utama seperti Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2), Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok, Thailand dan Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali, Indonesia.



Ketua Pegawai Eksekutif Serantau AirAsia ride, Lim Chiew Shan berkata, mereka akan terus mengembangkan perkhidmatan e-hailing di lapangan terbang dan ciri baharu ini akan memberikan lebih nilai dan kemudahan, selain daripada pengalaman baharu untuk pengembara. Oleh itu, kita boleh jangkakan ciri pra tempah ini mungkin akan datang di negara lain pada masa akan datang.

Cara tempah AirAsia Ride

Untuk menggunakan ciri ini, caranya mudah sahaja. Buka aplikasi Air Asia, pergi ke bahagian ‘Ride’ dan tekan ‘change’ untuk mengubah pilihan negara. Setelah itu, pilih destinasi yang anda ingin pergi dari lapangan terbang, pilih masa dan tarikh, dan kemudian tetapkan cara pembayaran.



Dalam pada itu, Air Asia juga ada memberikan promosi sempena pelancaran ciri baru ini. Gunakan kod promosi FLYRIDE5 untuk mendapatkan potongan RM5 untuk perjalanan dari dan ke lapangan terbang di seluruh Malaysia.

Kod BALIRIDE memberikan potongan IDR20,000 untuk perjalanan dari dan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Denpasar di Bali. Gunakan kod AIRPORT50 untuk mendapat potongan THB50 untuk perjalanan dari dan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang dan Lapangan Terbang Suvarnabhumi dengan perbelanjaan minimum THB150.

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsiaairasia rideAirasia Super App
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Ciri terbaru AirAsia Ride membolehkan anda tempah kereta di luar negara sebelum tiba di destinasi

Ciri terbaru AirAsia Ride membolehkan anda tempah kereta di luar negara sebelum tiba di destinasi

19 April 2023
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN