• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Insiden kebakaran KLCC: Penghantar makanan 34 tahun dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:30 pm
  • 19/04/2023
  • Komen
Insiden kebakaran KLCC: Penghantar makanan 34 tahun dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang penghantar makanan dibawa ke mahkamah untuk mendengar tuduhan terhadapnya tentang kebakaran melibatkan 13 buah motorsikal dan 4 skuter elektrik di hadapan Suria KLCC seperti yang dilaporkan minggu sudah. Tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Sebutan semula kes telah ditetapkan pada 22 Mei 2023.

Buat maklumat anda, kes sedang disiasat dibawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan. Sekiranya didapati bersalah, dia boleh dipenjarakan sehingga 14 tahun dan denda. Sementara kes dibicarakan, mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 daripada jumlah asal RM12,000 selepas berunding dengan pihak mahkamah.



Buat anda yang terlepas berita, satu kebakaran telah tercetus berhampiran Suria KLCC. Pihak bomba menerima panggilan pada 14 April 2023, jam 3:46 petang dan berjaya memadamkan kebakaran pada jam 04:06 petang.

Disebabkan beberapa unit skuter Beam turut terlibat dalam kebakaran, spekulasi ada menyatakan yang ia berpunca daripada bateri e-skuter yang terbakar. Namun begitu, menurut pengendali servis e-skuter tersebut, skuter mereka bukanlah punca kebakaran kerana semua e-skuter mereka memenuhi piawaian ketat keselamatan bertaraf antarabangsa.



e-skuter Beam memenuhi piawaian UL2272

Menurut Beam, semua skuter mereka memenuhi piawaian UL2272. Ia adalah piawaian untuk peranti e-mobility. Menurut kajian kerta putih, produk yang ingin melepasi UL2272 perlulah melepasi banyak ujian. Dua ujian yang besar adalah ujian elektrik dan ujian mekanikal.

https://i0.wp.com/bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2023/04/230414-escooter-terbakair-ul2272-safety.jpg?ssl=1

Dalam ujian elektrik, antara yang akan diuji adalah seperti:

  1. bateri terlebih cas
  2. litar pintas
  3. bater terlebih nyahcas
  4. suhu
  5. pengecasan tak seimbang
  6. keteguhan menahan voltan dielektrik
  7. ujian kebocoran arus
  8. ujian pembumian
  9. ujian penebat terasing
https://i0.wp.com/bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2023/04/230414-escooter-terbakair-ul2272-safety-multimeter.jpg?resize=1024%2C460&ssl=1

Kamudian, dalam ujian elektrik, peranti akan diuji daripada segi:

  1. ketahanan gegaran
  2. ketahanan hentakkan
  3. ketahanan jatuhan
  4. ketahanan tekanan
  5. ketahanan regangan
  6. ketahanan bebanan

UL2272 juga memerlukan sesuatu produk e-mobility melalui ujian persekitaran dan ujian terhadap bahan dan komponen. Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang UL2272, anda boleh layari laman rasmi piawaian tersebut.

Tags: kebakaran
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Insiden kebakaran KLCC: Penghantar makanan 34 tahun dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan

Insiden kebakaran KLCC: Penghantar makanan 34 tahun dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan

19 April 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER