• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gerhana Matahari separa boleh dilihat di Malaysia, ikuti cara selamat untuk menyaksikannya

  • OLEH Najib
  • 11:58 am
  • 20/04/2023
  • Komen
Gerhana Matahari separa boleh dilihat di Malaysia, ikuti cara selamat untuk menyaksikannya
Share on FacebookShare on Twitter

Gerhana matahari separa akan terjadi pada hari ini, 20 April 2023. Ia boleh disaksikan di seluruh Malaysia, sekitar pukul 11 pagi sehingga 2 petang. Kali terakhir penduduk di Malaysia dapat menyaksikan gerhana matahari separa adalah pada 21 Jun 2020. Tetapi gerhana seterusnya dijangka dapat dilihat di Malaysia pada 2 Ogos 2027.

Untuk penduduk di Semenanjung Malaysia, tahap maksimum gerhana boleh dilihat sekitar 1 ke 15% manakala di Kuching, Sarawak ia boleh mencapai 30%. Di Kota Kinabalu, ia mencecah 34% dan tahap tertinggi gerhana dijangka boleh dilihat di Tawau, Sabah iaitu 43%.



Jangan lihat secara terus

Peringatan penting untuk semua. Jika anda mahu melihat gerhana matahari, jangan tengok secara terus menggunakan mata kasar. Dapatkan peralatan yang boleh menapis pemandangan untuk melihatnya dengan selamat.

Paling murah, anda boleh mendapatkan cermin mata untuk melihat matahari di Shopee, tetapi pastinya tidak sempat untuk diterima hari ini. Selain itu, cuba dapatkan yang berkualiti kerana yang terlalu murah, mungkin tidak mencapai tahap keselamatan minimum.



Anda juga boleh berkunjung ke Planetarium Negara di Kuala Lumpur dan Tawau, kerana mereka ada menyediakan cermin mata untuk melihat gerhana dan ia akan diberikan kepada orang awam.

Satu lagi cara buatan sendiri, adalah menggunakan projektor lubang kecil. Anda tidak boleh melihatnya secara terus, tetapi dapat melihat bayang-bayang yang terhasil untuk melihat kesan gerhana matahari. Anda boleh menonton cara membuatnya di sini.

Atau cara lain, menonton siaran langsung yang disiarkan oleh Facebook dan YouTube Planetarium Negara.


Umat Islam digalakkan untuk membuat solat gerhana matahari sewaktu ia berlaku. Kaifiyat dan cara mengerjakan solat sunat ada dikongsi oleh JAKIM seperti di bawah.

Tags: gerhana matahari
Najib

Najib

POPULAR

Gerhana Matahari separa boleh dilihat di Malaysia, ikuti cara selamat untuk menyaksikannya

Gerhana Matahari separa boleh dilihat di Malaysia, ikuti cara selamat untuk menyaksikannya

20 April 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN