• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jangan kongsi kod QR TNG Money Packet di media sosial, ini sebabnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:09 am
  • 22/04/2023
  • Komen
Jangan kongsi kod QR TNG Money Packet di media sosial, ini sebabnya
Share on FacebookShare on Twitter

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023. Dalam zaman canggih masa ini, nak hantar duit raya pun boleh dilakukan secara digital. Contohnya, aplikasi TNG eWallet ada sediakan fungsi Money Packet untuk memudahkan anda menghantar duit raya kepada kenalan-kenalan anda.

TIPS: Cara bagi Duit Raya digital menggunakan aplikasi perbankan dan e-wallet



Benda yang mudah bakal jadi susah sekiranya anda tidak fahami tatacara operasinya. Memang sewaktu mewujudkan Money Packet, anda diberikan pilihan untuk berkongsikan kod QR melalui media sosial pilihan anda. Di sinilah isunya timbul. Sedarkah anda bahawa kod QR itu disebarkan dalam lautan Internet tanpa sekatan?

Sesiapa sahaja boleh tebus Money Packet berkenaan. Buktinya, anda lakukan carian ringkas di Facebook dan terus ratusan kod QR Money Packet dipersembahkan kepada anda. Makanya, ramailah yang merungut Money Packet habis ditebus oleh orang yang tidak dikenali.



Sumber

Sekiranya niat anda adalah untuk bersedekah dalam kalangan lingkaran kenalan, media sosial bukanlah salurannya. Kita tidak boleh harapkan orang luar begitu berhemah untuk tidak menebus Money Packet sebarangan.

Solusi yang boleh dicadangkan adalah dengan cara menetapkan privasi utusan sewaktu mengutuskan di media sosial. Contohnya, anda boleh lakukannya di Facebook dan sekiranya tiada, mungkin anda boleh kongsikan kot QR itu dalam group aplikasi permesejan WhatsApp. Sekali lagi, adakah anda yakin kod QR itu tidak akan dikongsi semula oleh salah seorang yang berada dalam lingkaran rakan anda ke pihak luar?

Tags: Hari Rayatng ewallettng ewallet money packet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Jangan kongsi kod QR TNG Money Packet di media sosial, ini sebabnya

Jangan kongsi kod QR TNG Money Packet di media sosial, ini sebabnya

22 April 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN