• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei P60 Pro akan dilancar di Malaysia pada 11 Mei, mungkin perkenal lebih dari satu peranti

  • OLEH Najib
  • 2:43 pm
  • 25/04/2023
  • Komen
Huawei P60 Pro akan dilancar di Malaysia pada 11 Mei, mungkin perkenal lebih dari satu peranti
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu peranti flagship baru keluaran Huawei tahun ini iaitu Huawei P60 Pro, akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi. Pelancarannya telah diumumkan akan diadakan pada hari Khamis, 11 Mei 2023 pukul 2.30 petang. Berkemungkinan besar, pentas pelancaran ini akan turut memperkenal peranti boleh lipat, Huawei Mate X3 ke Malaysia.

Telefon pintar berkuasa tinggi ini bukan sahaja dilengkapi perkakas dalaman dan kamera yang hebat, ia juga dihiasi dengan kemasan yang sangat cantik dan unik. Huawei P60 Pro ditawarkan dengan kemasan Rococo Pearl di belakang, dikatakan kemasan yang tidak akan serupa dengan pemilik yang lain. Selain itu, ia juga akan ditawarkan dalam warna hitam matte.



Sebagai peranti dengan kamera menjadi teras utama, Huawei P60 Pro menampilkan kamera dengan keupayaan pencahayaan rendah berprestasi tinggi, menerusi teknologi XMAGE. ia tidak menggunakan sensor bersaiz 1-inci atau 200MP, tetapi Huawei menggunakan langkah berbeza iaitu memperhalusi optikal kamera, mekanikal, pengimejan dan keupayaan memproses di dalam telefon pintar yang kompak.

Kamera belakangnya menggabungkan tiga kamera, diterajui oleh kamera utama 48MP yang dilengkapi lensa berbilang apertur, menawarkan 10 tahap antara F1.4 hingga F4.0. Seterusnya adalah kamera telefoto periskop 48MP, dengan upaya zum optikal 3.5x dan dikatakan sebagai kamera telefoto paling cerah di telefon pintar. Kamera ketiga adalah kamera ultralebar 13MP.



Di hadapan, Huawei P60 Pro memiliki skrin LTPO OLED 6.67-inci, berkadar penyegaran 120Hz dan resolusi 2700×1220 piksel. Ia dilapisi kaca Kunlun yang sangat tahan lasak, kaca yang sama digunakan di Mate 50 Pro.

Prestasi tinggi Huawei P60 Pro digerakkan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 4G, bersama RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 512GB. Tenaga pula disalur oleh bateri berkapasiti 4,815mAh dan menyokong pengecasan pantas SuperCharged 88W melalui USB-C, serta pengecasan wayarles 50W. Telefon ini juga kalis air dan debu IP68 dan memiliki speaker stereo.

Di China, Huawei P60 Pro dijual dari CNY 6,988 (~RM4,499) untuk storan 256GB dan CNY 7,988 (~RM5,143) bagi storan 512GB. Untuk rujukan, Huawei P50 Pro dilancar di Malaysia tahun lepas pada harga RM4,199 dengan storan 256GB.

Bacaan Berkaitan

  • Anda boleh uji sendiri kamera Ultra-Lighting Huawei P60 Pro di Malaysia tidak lama lagi
  • Siri Huawei P60 dilancarkan di China, perhatikan spesifikasi kameranya
  • Siri Huawei P60 dan Mate X3 akan dilancarkan 27 Mac 2023
Tags: Huaweihuawei p60huawei p60 pro
Najib

Najib

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Huawei P60 Pro akan dilancar di Malaysia pada 11 Mei, mungkin perkenal lebih dari satu peranti

Huawei P60 Pro akan dilancar di Malaysia pada 11 Mei, mungkin perkenal lebih dari satu peranti

25 April 2023
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER