DJI, pengeluar dron yang terkenal kini memperkenalkan dron pegguna baru mereka, DJI Mavic 3 Pro. Ini adalah ahli terbaru dengan prestasi paling tinggi. Ahli lain dalam siri ini yang telah dilancar sebelum ini adalah Mavic 3 dan Mavic 3 Classic.
Dron terbaru ini bukan dron sebarangan kerana ia dilengkapi tiga kamera dengan jarak fokus berbeza. Ini akan membawa era serba baharu untuk dunia tangkapan gambar dan video tinggi di udara.
Tempahan awal dan harga jualan
DJI Malaysia kini membuka tempahan awal untuk DJI Mavic 3 Pro mulai hari ini, sehingga 8 Mei 2023. Tempahan boleh dibuat menerusi stor rasmi DJI di:
- Pavilion, Kuala Lumpur
- One Utama
- Sunway Pyramid
- IOI City Mall
- Gurney Plaza, Pulau Pinang
- Imago Kota Kinabalu, Sabah
- Vivacity Megamall Kuching, Sarawak
Orang ramai juga boleh membuat tempahan secara atas talian di Lazada dan Shopee.
Harga jualan rasmi DJI Mavic 3 Pro di Malaysia adalah seperti berikut:
- DJI Mavic 3 Pro (DJI RC) – RM9,799
- DJI Mavic 3 Pro Fly More Combo (DJI RC) – RM12,399
- DJI Mavic 3 Pro Fly More Combo (DJI RC Pro) – RM14,999
- DJI Mavic 3 Pro Cine Premium Combo – RM21,999
Gandingan tiga kamera dalam satu
Sistem tiga kamera dengan julat fokal berbeza (24mm/ 70mm/166mm) digunakan di dalam Mavic 3 Pro. Berbanding ssitem dwi kaemra di Mavic 3 sebelum ini, DJI menambah kamera tele medium 70mm ke dalam versi Pro ini dan menaiktaraf keupayaan kamera tele 166mm.
Kamera utama kekal menggunakan CMOS 4/3 Hasselblad yang mampu merakam video sehingga 5.1K pada 50fps atau DCI 4K pada 120fps, bersama mod warna D-Log M 10-bit baharu. Bagi penghasil filem profeisonal, varian Mavic 3 Pro Cine menambah sokongan pengekodan Apple ProRes 422 HQ, Apple ProRes 422 dan Apple ProRes 422 LT. Ia juga mempunyai SSD 1TB terbina di dalam dan kabel data kelajuan cahaya 10Gbps untuk penghantaran data yang pantas.
Kamera tele 70mm (zum optikal 3x) yang baru menggunakan sensor CMOS 1/1.3-inci dan mampu menangkap gambar dalam resolusi 48MP atau 12MP dalam suasana rendah cahaya. Ia juga boleh merakam video sehingga 4K/60fps. Di samping itu, ia menyokong format log baharu D-log Md i samping D-Log DJI yang asal.
Kamera tele 166nm kini dipertingkat dengan keupayaan zum optikal 7x dan zum hibrid 28x, serta bukaan apertur antara F4.4 sehingga F3.4 untuk tangkapan rendah cahaya yang lebih baik. Ia juga kini mampu merakam video sehingga 4K/60fps berbanding hanya 4K/30fps di Mavic 3.
Tenaga bateri di Mavic 3 Pro membolehkan ia terbang sehingga 43 minit. Sama seperti Mavic 3, versi Pro ini turut menggunakan sistem penyiaran video DJI O3+ yang boleh menghantar suapan langsung HD 1080p/60fps dalam jarak sehingga 15km.
Pengesanan halangan dan laluan penerbangan dibantu oleh sistem lapan sensor sudut lebar Omnidirectional Sensing dan APAS 5.0. Ia juga ditambah dengan beberapa ciri baru seperti Waypoint Flight untuk merancang penerbangan automatik menerusi titak laluan yang ditetapkan, Cruise Control bagi kawalan automatik dan Advance RTH yang memastikan ia mampu pulang ke tempat asal dengan cekap.
Semua rakaman video dan gambar yang diambil oleh DJI Mavic 3 Pro boleh dipindahkan pantas dari dron ke telefon pintar melalui WiFi 6, dengan kepantasan sehingga 80Mbps tanpa menggunakan alat kawalan.
DJI turut mencadangkan aplikasi pengeditan video, LightCut untuk pengguna mengubahsuai dan menghasilkan video yang kaya dengan kandungan. Previu boleh dibuat tanpa memindah video daripada dron.
Untuk maklumat lanjut, layari laman produk DJI Mavic 3 Pro.