Selepas hampir setahun melancarkan siri Poco F4, hari ini Poco kembali ke pentas pelancaran untuk memperkenal siri Poco F5. Ia adalah peranti berkuasa tinggi dan didatangkan dalam dua model iaitu Poco F5 dan Poco F5 Pro.
Lebih menarik lagi, pelancaran peringkat antarabangsa ini turut mengumumkan kedatangannya untuk pasaran Malaysia.
Harga dan promosi awal
Peminat di Malaysia boleh mula membeli Poco F5 dan Poco F5 Pro seawal hari ini, 9 Mei 2023. Terdapat tiga varian disediakan untuk Poco F5 Pro dan dua varian bagi Poco F5.
Poco turut menyediakan promosi untuk pembeli terawal dari 9-16 Mei 2023, iaitu diskaun sehingga RM300. Poco F5 akan terdapat di Stor Rasmi Poco di Shopee, manakala Poco F5 Pro boleh didapati di Stor Rasmi Poco di Lazada.
Harga rasmi dan harga selepas promosi (bold) adalah seperti berikut:
- Poco F5 Pro (8GB+256GB) – RM2,099 RM1,999
- Poco F5 Pro (12GB+256GB) – RM2,199 RM2,099
- Poco F5 Pro (12GB+512GB) – RM2,399 RM2,199
- Poco F5 (8GB+256GB) – RM1,699 RM1,399
- Poco F5 (12GB+256GB) – RM1,799 RM1,499
Spesifikasi Poco F5 Pro
Telefon ini sangat menarik kerana ia menampilkan beberapa fungsi yang pertama kali ada di peranti keluaran Poco. Prestasi tinggi padanya dihasilkan oleh cip Snapdragon 8+ Gen 1 4nm, digandingkan dengan RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan dalaman UFS 3.1 sehingga 512GB. Ini pertama kali Poco menawarkan storan 512GB pada perantinya.
Paparannya jenis Flow AMOLED seluas 6.67-inci 120hz, dengan ressolusi WQHD+ (3200×1440) juga kali pertama digunakan pada peranti Poco. Paparan berlubang kecil di dahi ini memiliki kecerahan 500 nits dan kecerehan puncak 1,400nits. Kaca Corning Gorilla Glass melapisi permukaannya dan pengimbas capjari terdapat di dalam skrin.
Poco F5 Pro dilengkapi bateri berkapasiti 5,160mAh dan ia menyokong pengecasan pantas berwayar 67W Turbo Charging. Kepala pengecas 67W turut disertakan di dalam kotak. Buat julung kalinya, Poco menambah fungsi pengecasan wayarles 30W pada Poco F5 Pro, menjadikannya peranti pertama Poco dengan fungsi premium ini. Bagaimanapun, ia masih tidak kalis air, cuma kalis percikan air IP53 sahaja.
Untuk kamera, lubang kecil di dahi skrin memuatkan kamera hadapan 16MP F2.45. Manakala di belakang, ia menggabungkan kamera utama 64MP F1.79 OIS, kamera ultra lebar F2.2 dan kamera makro F2.4. Masih tiada kamera telefoto.
Sistem bunyi stereo ada Poco F5 Pro dihasilkan menerusi dua speaker yang terdapat di atas dan bawah telefon. Selain itu, ia juga datang dengan pemancar infra merah (IR), Bluetooth 5.3, WiFI 802.11ax, dwi-sim 5G dan NFC.
Poco F5 Pro dilengkapi sistem operasi MIUI 14 for Poco, tetapi tidak pula dinyatakan model Androidnya. Terdapat dua pilihan warna disediakan, antara hitam dan putih. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Poco F5 Pro.
Spesifikasi Poco F5
Versi bukan Pro ini juga tidak kurang hebatnya. Kuasa dalamannya digerakkan oleh cip Snapdragon 7+ Gen 2 berkuasa tinggi, digandingkan bersama RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan dalaman UFS 3.1 seluas 256GB.
Skrinnya berukuran 6.67-inci jenis Flow AMOLED 120Hz, dengan resolusi HD Penuh (2400×1080). Ia ada kecerahan 500nits dan keerahan puncak pada 1,000nits. Kaca Corning Gorilla Glass 5 melapisi bahagian luarnya dan pengimbas capjari terletak di sisi, di dalam butang kuasa.
Tenaganya disalurkan daripada bateri berkapasiti 5,000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 67W Turbo, menggunakan kepala pengecas 67W yang disertakan di dalam kotak. Tetapi tiada sokongan pengecasan wayarles padanya.
Kamera belakangnya ada tiga iaitu kaemera utama 64MP F1.79 OIS, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera hadapan pula 16MP F2.45, terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin.
Poco F5 juga ada speaker stereo di bawah dan atas telefon, serta jek audio 3.5mm. Ia turut datang bersama pemancar IR, Bluetooth 5.3, WiFI 802.11ax, dwi-sim 5G dan NFC.
Sistem operasi juga menggunakan MIUI 14 for Poco. Pilihan warna untuk Poco F5 ada tiga iaitu putih, hitam dan biru. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Poco F5.