• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MEASAT sedia internet satelit percuma untuk tentera di pos kawalan sempadan terpencil

  • OLEH Najib
  • 2:29 pm
  • 18/05/2023
  • Komen
MEASAT sedia internet satelit percuma untuk tentera di pos kawalan sempadan terpencil
Share on FacebookShare on Twitter

MEASAT Global Berhad (MEASAT) baru-baru ini menyatakan bahawa mereka akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar satelit percuma, kepada petugas barisan hadapan iaitu tentera di beberapa lokasi sempadan terpencil di seluruh negara. Inisiatif ini dijayakan menerusi perkhidmatan ConnectMe Now, sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif MEASAT, Yau Chyong Lim berkata, “Sebagai sebuah syarikat Malaysia yang membanggakan dan komited untuk menyediakan liputan jalur lebar walaupun di kawasan paling terpencil di negara ini, MEASAT mengiktiraf dedikasi anggota tentera kita dan berbesar hati untuk menyokong pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menjaga keselamatan sempadan kita. Berjauhan dengan orang tersayang untuk tempoh yang lama kadangkala terasa sangat mencabar, jadi kami ingin memudahkan askar kita yang berdedikasi, untuk terus berhubung dengan keluarga mereka melalui platform CONNECTme NOW berkelajuan tinggi kami.”



Panglima Angkatan Tentera dan Jeneral TUDM, Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang berkata, “Kami mengalu-alukan sumbangan daripada MEASAT ini yang penting untuk kesejahteraan anggota tentera kami sepanjang mereka ditempatkan di pos sempadan terpencil. ATM juga mengalu-alukan usaha sektor swasta Malaysia menyumbang perkhidmatan khusus mereka, terutamanya dalam merealisasikan inisiatif yang menghargai jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan yang melindungi negara. Saya mengharapkan kerjasama lain yang berpotensi pada masa hadapan.”

Menurut MEASAT, perkhidmatan ConnectMe Now kini menyediakan 400,000 sambungan jalur lebar di dalam komuniti terpencil. Dengan jalur lebar satelit berkelajuan tinggi, MEASAT berkata mereka adalah rakan strategik untuk menjayakan aspirasi kerajaan bagi mencapai 100% liputan internet di kawasan berpenduduk pada tahun 2025.



MEASAT telah melancarkan satelit MEASAT-3D pada Jun tahun lepas. Ia membolehkan MEASAT menyediakan perkhidmatan internet satelit pada kelajuan lebih tinggi, iaitu sehingga 100Mbps menerusi Ka-Band. Dengan peningkatan kapasiti 30Gbps, MEASAT-3d boleh menghubungkan 2 juta komuniti Malaysia terpencil, yang tidak memiliki sambungan 4G, 5G atau jalur lebar tetap.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan Berkaitan

  • 5 info menarik sekitar pelancaran MEASAT-3d, satelit pemancar terbaharu Astro
  • MEASAT-3d selamat dilancarkan, apa agenda seterusnya?
  • Ini adalah beberapa syot menarik sekitar pelancaran MEASAT-3d
  • MEASAT-3d: Lancarkan satelit memang mudah, cabaran sebenarnya masih di tanah
Tags: ATMConnectmeconnectme nowMEASATMINDEF
Najib

Najib

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
MEASAT sedia internet satelit percuma untuk tentera di pos kawalan sempadan terpencil

MEASAT sedia internet satelit percuma untuk tentera di pos kawalan sempadan terpencil

18 May 2023
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN