• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apple tegah kakitangan guna ChatGPT sewaktu bekerja, Samsung juga

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:13 pm
  • 19/05/2023
  • Komen
Apple tegah kakitangan guna ChatGPT sewaktu bekerja, Samsung juga
Share on FacebookShare on Twitter

Apple dilapor menghantar memo kepada kakitangannya yang mengandungi tegahan menggunakan ChatGPT sewaktu bekerja. Walaupun tidak menyatakan secara khusus sebabnya, kita sendiri boleh meneka. Hal ini kerana semua input yang dimasukkan pada sistem ChatGPT akan digunakan untuk melatih model AI itu dan produk yang didalangi Microsoft itu mungkin sedang melihat data-data pesaingnya.

Apple menyertai sejumlah syarikat teknologi lain untuk tidak membenarkan penggunaan ChatGPT pada kelengkapan pejabat. Misalnya, Samsung telahpun mengharamkan penggunaan ChatGPT pada sistem komputer di dalam pejabat kerana tidak mahu data sensitif terbocor ke luar.



Pengeluar iPhone itu memang terkenal dengan tahap kerahsiaan yang tinggi. iPhone generasi demi generasi sejak iPhone 4 sangat kedap maklumatnya sehinggakan seminggu sebelum pelancaran pun masih tiada maklumat terbocor.

Bing Chat berkuasa GPT-4 kini boleh digunakan semua, periksa Microsoft Edge anda sekarang



Pertumbuhan AI yang terlalu pesat mula menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang pandai-pandai. Ratusan individu-individu ternama telah menandatangani satu surat terbuka yang menyeru semua pembangun kecerdasan buatan menghentikan sementara pembangunan sebarang AI yang lebih pintar daripada GPT-4. Dalam kalangan yang telah menurunkan tandangan, kelihatan nama seperti Elon Musk dan juga Steve Wozniak.

Elon Musk dan Steve Wozniak antara penyokong penyelidikan AI dihentikan sementara

Dalam surat terbuka itu, mereka menggariskan beberapa risiko yang dibawa oleh AI yang terlalu maju akan memberi impak negattif kapada masyarakat dan seterusnya ketamadunan manusia.

Hal ini kerana, aspek kawal selia didapati tidak bertumbuh selari dengan kemajuan teknologi AI yang dicapai hari demi ari.. Oleh sebab itu, sedang pembangunan dihentikan sementara, satu garis panduan yang jelas perlu diwujudkan daripada segi merancang dan mengawal selia produk-produk AI ini secara halus dan kukuh.

Gencatan sementara yang dicadangkan adalah selama 6 bulan dan sepanjang tempoh tersebut, semua pembangun AI diminta hadir dengan protokol-protokol keselamatan yang piawaian dan boleh digunakan oleh pemain-pemain lain. Mereka turut digesa untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk dalam mewujudkan sistem pentadbiran AI yang mapan.

Sumber: WSJ

Tags: appleChatgptgpt
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Apple tegah kakitangan guna ChatGPT sewaktu bekerja, Samsung juga

Apple tegah kakitangan guna ChatGPT sewaktu bekerja, Samsung juga

19 May 2023
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Penduduk Johor boleh jimat bil air RM10.50/bulan dengan pelan Jalur Lebar Yes 5G

Penduduk Johor boleh jimat bil air RM10.50/bulan dengan pelan Jalur Lebar Yes 5G

3 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN