• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Tab Active 4 Pro, tablet sangat tahan lasak dilengkapi S Pen dan boleh hidup tanpa bateri

  • OLEH Najib
  • 11:50 am
  • 23/05/2023
  • Komen
Galaxy Tab Active 4 Pro, tablet sangat tahan lasak dilengkapi S Pen dan boleh hidup tanpa bateri
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia kini memperkenalkan tablet terbaru mereka yang sangat tahan lasak, Galaxy Tab Active 4 Pro. Ia dihasilkan untuk memenuhi keperluan kerja-kerja kasar barisan hadapan, serta di dalam pelbagai industri.

Tablet ini direka dengan badan yang mudah alih, tahan lasak serta dilengkapi perisian keselamatan menyeluruh. Ia juga memiliki aksesori yang memudahkan lagi pelbagai kerja dilakukan menjadi lancar.



Harga dan ketersediaan

Pasaran yang disasarkan oleh tablet ini adalah syarikat dan perniagaan, tidak fokus kepada pengguna biasa. Kerana itu, ia tidak dijual di kedai biasa tetapi hanya boleh didapati dengan menghubungi wakil pengedar sah iaitu:

  1. M-Link System – Tel: 019-693 0902, emel: [email protected]
  2. SNS Network – Tel: 016-262 6070, emel: [email protected]
  3. Tri-E Marketing – Tel: 012-234 2492, emel: [email protected]

Harga rasminya di Malaysialah RM3,299. Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan model lama yang lebih murah, iaitu Galaxy Tab Active 3 dengan skrin 8-inci pada harga RM2,099.



Spesifikasi

Sebenarnya, Galaxy Tab Active 4 Pro telah dilancarkan di pentas antarabangsa pada Ogos 2022. Ia dikuasakan cip Snapdragon 778G 6nm dan menyokong rangkaian mudah alih 5G. Ia dibekalkan dengan RAM 4GB dan storan dalaman 64GB. Terdapat juga slot kad mikroSD, menerima sehingga 1TB storan tambahan.

Ia menggunakan skrin LCD TFT, berkeluasan 10.1-inci dan memiliki resolusi HD Penuh. Skrin ini dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5, sebagai benteng pertahanan muka hadapan. Untuk kunci skrin, ia boleh dibuka secara biometrik menggunakan imbasan muka atau capjari, di butang kuasa di sisi.

Untuk kegunaan lasak, skrin ini boleh beroperasi dengan lancar walaupun menggunakan sarung tangan. Malah, Samsung melengkapi S Pen bersama tablet ini yang tidak memerlukan sebarang pengecasan dan boleh digunakan bila-bila masa. Pengiktirafan IP68 dan standard ketenteraan MIL-STD-810H terhadap tablet ini, meningkatkan lagi daya ketahanan Galaxy Tab Active 4 Pro.

Bagi menangkap gambar serta mengimbas wajah pengguna, terdapat dua kamera disediakan. Kamera hadapan di atas skrin menggunakan sensor 8MP. Manakala di belakang, ia dipasang kamera 13MP bersama autofokus dan LED Flash, serta mampu merakam video sehingga Ultra HD 4K.

Bateri dan pengecas merupakan salah satu kehebatan tablet ini. Baterinya berkapasiti 7,600mAh dan ia boleh digantikan sendiri dengan mudah. Mengecas bateri ini boleh dilakukan melalui port USB-C atau dok pengecas dengan pin POGO di sisi. Ia menyokong pengecasan pantas 15W.

Lebih menarik lagi, Samsung menambah fungsi “No Battery Mode”, atau mod tanpa bateri. Apabila diaktifkan, pengguna hanya perlu mencucuk bekalan kuasa menerusi USB-C dan menggunakannya tanpa bateri atau bateri tidak akan dicas. Dengan ini, bateri akan tahan lebih lama dan tidak mudah menggelembung, terutama sekali jika sering digunakan di kawasan sangat panas.

Dilancarkan dengan sistem operasi Android 12, tablet ini turut dilengkapi perisian Samsung DeX. Dengannya, anda boleh mengubah antaramuka menjadi seakan Windows 11 untuk melancarkan kerja, atau menyambungnya ke skrin lebih besar seperti monitor dan TV. Persidangan video atau persembahan kertas kerja boleh ditonton bersama lebih ramai orang, sambil melakukan tugasan di tablet. Samsung turut menjanjikan 5 tahun kemaskini keselamatan untuk Galaxy Tab Active 4 Pro.

Selain rangkaian 5G, Galaxy Tab Active 4 Pro turut menyokong sambungan WiFi 6 (802.11ax), Bluetooth v5.2, NFC dan ada jek audio 3.5mm. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tablet yang tahan lasak ini, layari laman produk Samsung Galaxy Tab Active 4 Pro.

[Sumber: Samsung]

Tags: Galaxy Tab Active 4 Prosamsungsamsung Galaxy Tab Active 4 Protablet
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Galaxy Tab Active 4 Pro, tablet sangat tahan lasak dilengkapi S Pen dan boleh hidup tanpa bateri

Galaxy Tab Active 4 Pro, tablet sangat tahan lasak dilengkapi S Pen dan boleh hidup tanpa bateri

23 May 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER