• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

XOX bekerjasama dengan Alliance Bank untuk tawar perkhidmatan kewangan di aplikasi Black

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:20 pm
  • 23/05/2023
  • Komen
XOX bekerjasama dengan Alliance Bank untuk tawar perkhidmatan kewangan di aplikasi Black
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat telco XOX telah mengumumkan kerjasama mereka bersama Alliance Bank Malaysia untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan menerusi aplikasi Black.

Kerjasama ini menandakan langkah pertama dalam memperluaskan perkhidmatan yang tersedia di dalam aplikasi Black. Ia akan dilakukan dalam dua peringkat. Peringkat pertama, pelanggan aplikasi Black akan menerima akses kepada produk Alliance Bank seperti kad kredit, pinjaman dan pembiayaan peribadi.



Untuk peringkat kedua, pengguna boleh membuat transaksi harian menggunakan peranti mudah alih dengan kad kredit maya (dikatakan pertama dalam pasaran) yang disepadukan ke dalam aplikasi Black. Walau bagaimanapun, tiada maklumat yang diberikan berkenaan tarikh untuk pelaksanaan peringkat kedua ini.

Dalam masa yang sama, CEO Alliance Bank mengatakan, “kerjasama ini adalah selari dengan pelan stratergik Accelere8 untuk memperluaskan segmen perbankan pengguna dan meningkatkan penawaran produk kepada pasaran tersebut melalui penyediaan penyelesaian berbentuk peribadi yang relevan, mudah dan pantas kepada pelanggan”.



Penambahan ciri ini dapat dilihat akan mengembangkan lagi kegunaan aplikasi Black di samping perkhidmatan yang ditawarkan seperti tambah nilai telefon prabayar, e-dagang, media OTT dan program kesetiaan. Ini akan mengukuhkan kedudukan aplikasi Black sebagai aplikasi mudah alih yang komprehensif untuk orang ramai.

Ini bukan kali pertama Alliance Bank mengumumkan produk kad kredit maya kerana sebelum ini bank tersebut telah pun melancarkan kad kredit maya dengan ciri keselamatan nombor dinamik. Oleh itu, kad yang bakal dilancarkan menerusi aplikasi Black mungkin akan mendukung ciri yang sama, memandangkan pengeluar kad kredit adalah dari bank yang sama.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: Alliance BankXOXxox black
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

XOX bekerjasama dengan Alliance Bank untuk tawar perkhidmatan kewangan di aplikasi Black

XOX bekerjasama dengan Alliance Bank untuk tawar perkhidmatan kewangan di aplikasi Black

23 May 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN