• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maxis mungkin dapat sediakan 5G, tidak lama lagi selepas perjanjian akses 5G bersama DNB diselesaikan

  • OLEH Najib
  • 9:23 am
  • 07/06/2023
  • Komen
Maxis mungkin dapat sediakan 5G, tidak lama lagi selepas perjanjian akses 5G bersama DNB diselesaikan
Share on FacebookShare on Twitter

Pasukan Petugas Khas 5G, yang ditubuhkan untuk memastikan peralihan lancar kepada model dwirangkaian 5G, telah mengumumkan akan memberi tumpuan kepada penyelesaian isu berkaitan perjanjian akses 5G bersama Digital Nasional Berhad (DNB) serta penyertaan ekuiti mereka dalam entiti berkenaan.

Pengerusi Bersama Pasukan Petugas berkenaan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dalam kenyataan mereka berkata, kedua-dua isu utama tersebut akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam kumpulan kerja yang ditubuhkan dan dijangka dapat dimuktamadkan seawal penghujung bulan ini.



Pasukan Petugas Khas 5G

Dalam laporan Bernama, mesyuarat kedua Pasukan Petugas Pelaksanaan Dwirangkaian 5G Malaysia pada Khamis lepas bersetuju dengan struktur pasukan petugas yang merangkumi lima kumpulan kerja terdiri daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Digital, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, DNB dan pihak penyedia perkhidmatan.

Satu perkara menarik dalam kenyataan ini, pengerusi bersama ini menyatakan bahawa keputusan segera bagi perjanjian akses 5G antara pihak penyedia perkhidmatan bersama DNB akan membolehkan pihak penyedia perkhidmatan utama termasuk Maxis menawarkan pakej-pakej perkhidmatan 5G kepada pengguna.



Sejurus selepas kerajaan mengumumkan untuk beralih daripada model rangkaian tunggal kepada dwirangkaian, dua syarikat iaitu CelcomDigi dan Telekom Malaysia mengumumkan penamatan perjanjian pengambilalihan pegangan dengan DNB. Tetapi, DNB telah ditugaskan untuk meneruskan pembangunan 5G sehingga ia mencapai 80% liputan di kawasan berpenduduk sebelum rangkaian kedua 5G dibenarkan beroperasi.

Dengan tamatnya perjanjian ekuiti, soalan yang timbul adalah tentang kelangsungan hidup DNB dan perkembangannya kelak kerana ia dijalankan menerusi model pemulihan kos. Dengan penggunaan 5G yang masih rendah pada kadar 3.1% sahaja, ia turut menimbulkan persoalan tentang kemampuan kewangan DNB untuk mempercepat pembangunan 5G, jika syarikat telekomunikasi (telco) tidak meningkatkan penggunaan kapasiti borong 5G setiap bulan akibat permintaan yang rendah.

Buat masa ini, hanya lima telco iaitu Celcom, Digi, Telekom Malaysia, U Mobile dan YTL Communications telah menawarkan perkhidmatan 5G kepada pengguna selepas menandatangani perjanjian akses 5G bersama DNB pada Oktober 2022 selepas berbulan-bulan bertangguh. Sebelum itu, empat telco utama telah mengeluarkan kenyataan bersama tentang perjanjian akses 5G yang tidak memberikan nilai terbaik dan perkhidmatan 5G berkualiti. Dimaklumkan, telco perlu membayar DNB sehingga RM30,000 setiap Gbps bagi akses borong 5G dan diikat kontrak selama 10 tahun.

Dengan perkembangan terkini, Tawaran Akses Rujukan (RAO) DNB perlu dikaji semula jika kerajaan mahu dua rangkaian 5G berbeza dimulakan seawal tahun hadapan. Mengikat perjanjian selama 10-tahun antara telco dan DNB akan menyekat perancangan untuk beralih ke model dwirangkaian. Jika objektif menswastakan DNB adalah untuk telco memiliki pegangan dan suara, proses usaha wajar yang betul perlu dibuat sebagai sebahagian proses penggabungan dan pengambilalihan.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan Berkaitan

  • Malaysia umum berpindah ke sistem dwirangkaian 5G selepas cakupan DNB capai 80%
  • TM tarik diri ambil alih DNB, akibat tamat tempoh perjanjian seperti CelcomDigi
  • CelcomDigi umum lepaskan ekuiti dalam DNB selepas Malaysia umum model dwirangkaian 5G
Tags: 5g malaysiaDNBmaxis
Najib

Najib

POPULAR

Maxis mungkin dapat sediakan 5G, tidak lama lagi selepas perjanjian akses 5G bersama DNB diselesaikan

Maxis mungkin dapat sediakan 5G, tidak lama lagi selepas perjanjian akses 5G bersama DNB diselesaikan

7 June 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER