• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PROMO: Samsung Smart Monitor M5 32″ tak sampai RM1,000, paparan lebih tajam daripada TV

  • OLEH Najib
  • 3:45 pm
  • 13/06/2023
  • Komen
[Reviu] Samsung Smart Monitor M5 & M7: Ini solusi kepada ruang kerja yang kemas
Share on FacebookShare on Twitter

Anda mencari monitor atau TV pintar untuk kegunaan sendiri? Samsung Malaysia kini menawarkan diskaun yang besar untuk Samsung Smart Monitor M5. Ia digelar pintar kerana menjalankan sistem operasi Tizen yang boleh dipasang pelbagai aplikasi di dalamnya, serta ada pembesar suara dan alat kawalan jauh.

Model Samsung Smart Monitor M5 datang dalam dua saiz, 27-inci dan 32-inci dengan harga rasminnya melebihi RM1,000. Kini, kedua-dua saiz boleh didapati di bawah RM1,000 selepas diskaun oleh Samsung Malaysia.



Harga selepas diskaun

Bagi model 27-inci (LS27BM500EEXXS), ia kini dijual pada harga RM899 sahaja berbanding harga asal RM1,538. Anda boleh membelinya atas talian dari Stor Rasmi Samsung di Shopee.

Untuk model 32-inci (LS32BM500EEXXS) pula, harganya selepas diskaun ialah RM989. Tambahan RM90 sahaja daripada 27-inci tadi. Ia juga ada dijual atas talian di Stor Rasmi Samsung di Shopee.



Spesifikasi Samsung Smart Monitor M5

Samsung mengenakan panel VA dengan resolusi HD Penuh pada Smart Monitor M5 untuk kedua-dua model. Ia mempunyai nisbah kontras 3,000:1 dan kecerahan sehingga 250 nits. Kadar penyegaran pula cuma 60Hz, tidak sesuai untuk kaki gaming.

Dengan Tizen OS, pengguna boleh memasang pelbagai aplikasi penstriman seperti YouTube, Netflix, Disney+ Hotstar, Prime Video, iQiyi atau Viu. Malah, pengalaman menonton menjadi lengkap kerana ada dua speaker berkuasa 10W padanya. Apa yang tiada berbanding TV, adalah sokongan antenna.

Untuk sambungan wayarles, ia menyokong WiFi 5 dan Bluetooth 4.2. Sambungan berwayar pula ada USB, HDMI dan USB-C. Ia juga menyokong Apple AirPlay dan wireless DEX untuk sambungan peranti tanpa wayar.

Dengan monitor pintar ini, tak ada sambungan antena pun tak apa kerana semua boleh distrim sekarang, termasuk saluran RTM dan TV3. Ini adalah satu pilihan yang baik kerana kebanyakan TV 32-inci di luar sana tiada HD Penuh.

Kenali Samsung Smart Monitor M5 dan M7 dengan lebih lanjut dalam video ulasan kami di bawah:

Bacaan Berkaitan

  • [Reviu] Samsung Smart Monitor M5 & M7: Ini solusi kepada ruang kerja yang kemas
  • Harga Samsung Smart Monitor M8 cecah RM3000, tempahan awal ada hadiah bernilai RM947
  • Samsung buka tempahan pembelian Smart Monitor dengan harga promosi, ini maklumatnya
Tags: samsungsamsung smart monitor m5
Najib

Najib

POPULAR

[Reviu] Samsung Smart Monitor M5 & M7: Ini solusi kepada ruang kerja yang kemas

PROMO: Samsung Smart Monitor M5 32″ tak sampai RM1,000, paparan lebih tajam daripada TV

13 June 2023
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN