• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ejen dan pelanggan Prudential diminta semak akaun bank dan kad kredit segera akibat godaman MOVEit

  • OLEH Najib
  • 6:15 pm
  • 14/06/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat insuran multinasional, Prudential hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa dua anak syarikat telah diserang penjenayah siber. Prudential mengesahkan, Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) dan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) adalah antara syarikat syarikat di seluruh dunia yang telah terkesan melalui serangan kecurian data dan penyalahgunaan “zero-day vulnerability ” pada perisian MOVEit.

Pencerobohan data ini berlaku, dipercayai akibat pepijat yang terdapat di dalam perisian salinan MOVEit dan disalahgunakan secara meluas oleh penjenayah siber.



Sebaik sahaja menyedari insiden ini, Prudential telah mengambil tindakan segera untuk mengasingkan komputer pelayan yang terjejas. Pasukan tindak balas insiden telah bertindak menyiasat dan memantau dengan ketat perkara ini. Prudential juga telah memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

Tambah Prudential lagi, kemungkinan besar ada data peribadi para ejen dan pelanggan yang terjejas melibatkan nama, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan/atau sebahagian maklumat kad kredit. Sehubungan itu, Prudential akan segera memaklumkan perkara ini kepada pelanggan yang terjejas, sambil memberikan sokongan yang sewajarnya.



Prudential turut menyediakan talian hotline khusus dengan masa operasi yang dilanjutkan supaya mudah dihubungi pelanggan:

  • 03 2771 2480 (PAMB) atau 03 2742 4060 (PruBSN)
  • (Isnin hingga Jumaat) 8:30pagi hingga 7:00petang & ( Sabtu ) 8:30pagi sehingga 1:00 petang

Di samping itu, para ejen dan pelanggan dinasihatkan untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga dalam setiap keadaan. Prudential menasihatkan agar:

  • Sentiasa berhati-hati terhadap sebarang komunikasi yang tidak dijangka
  • Elakkan daripada mengklik pada pautan atau memuat turun lampiran daripada e mel yang
  • mencurigakan
  • Semak akaun bank dan penyata kad kredit anda secara berterusan untuk mengesan aktiviti yang mencurigakan
  • Jika anda mengesyaki bahawa kad kredit anda terjejas dalam apa jua cara, terus menghubungi pihak bank untuk tindakan selanjutnya

[Sumber: Prudential]

Tags: MOVEitPrudential
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025

Ejen dan pelanggan Prudential diminta semak akaun bank dan kad kredit segera akibat godaman MOVEit

14 June 2023
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Penduduk Johor boleh jimat bil air RM10.50/bulan dengan pelan Jalur Lebar Yes 5G

Penduduk Johor boleh jimat bil air RM10.50/bulan dengan pelan Jalur Lebar Yes 5G

3 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN