• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Persembah idea untuk peranti boleh lipat, enam pasukan terima anugerah di acara Hackathon Hari Pembangun Samsung

  • OLEH Najib
  • 2:02 pm
  • 21/06/2023
  • Komen
Persembah idea untuk peranti boleh lipat, enam pasukan terima anugerah di acara Hackathon Hari Pembangun Samsung
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia Electronics telah mengadakan hackathon di Hari Pembangun baru-baru ini. Sebanyak enam pasukan telah dipilih sebagai pemenang selepas menyumbang idea mereka untuk meningkatkan UI/UX bagi aplikasi berkaitan Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip. Ia sebahagian dari usaha Samsung untuk menjadikan peranti boleh lipat sebagai pilihan ramai.

“Hackathon adalah untuk meraikan inovasi mudah alih berterusan yang memberi manfaat kepada kehidupan pengguna. Kami terinspirasi dengan idea Gen Z untuk membawa pengalaman yang berkesan dan boleh dikaitkan dengan siri Galaxy Z. Ini juga selaras dengan misi ESG kami untuk memperkasakan bakat muda untuk melonjakkan diri mereka dalam ruang teknologi. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan berharap untuk menghidupkan lebih banyak inisiatif ini pada masa hadapan,” kata KM Liew, Naib Presiden & Ketua Mobile eXperience, Samsung Malaysia Electronics.



Seorang peserta mempersembah idea mereka kepada juri

Acara ini diadakan pada 14-15 Jun 2023 dan 3 pemenang dipilih pada setiap hari, menjadikan jumlah pemenang kepada 6 kumpulan. Pemenang membawa pulang hadiah berupa produk Samsung bernilai RM39,188.

Hari Pertama (14 Jun 2023) Taylor University

Pada 14 Jun bertempat di Taylor University, pasukan MaxSense memenangi tempat pertama dengan idea untuk mengoptimasikan aplikasi francais restoran makanan segera. Antaranya untuk pelanggan melihat tempahan terus dari muka utama, serta menyediakan berbilang paparan di muka utama.



Pemenang hari pertama di Taylor University

Yellow Banana dipilih sebagai pemenang kedua, menampilkan idea mengetengahkan skrin besar untuk aplikasi cawangan kedai kopi. Antaranya menunjukkan kegemaran pelanggan seperti 3 minuman paling disukai, sejarah transaksi, tempahan dan pembayaran atas talian, serta peta untuk rujukan mudah lokasi cawangan.

Pemenang ketiga adalah pasukan Zé Flip. Mereka juga memilih aplikasi berkaitan makanan, dengan idea seperti akses mudah menu tempahan dan berbilang tetingkap di skrin besar Galaxy Z Fold. Malah, ada menu pantas diselitkan di Widget di skrin luar Galaxy Z Flip. Jadi pengguna tidak perlu membuka skrin utama.

Hari Kedua (15 Jun 2023) UTAR

Pada 15 Jun pula, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) menjadi tuan rumah hari kedua pertandingan. Pemenang tempat pertama ialah pasukan GPT-0, dengan idea untuk platform eDagang. Antaranya pengguna boleh zum masuk dan keluar untuk melihat produk lebih mudah. Penjual pula boleh menggunakan Flex Mode untuk strim siaran langsung.

Pemenang hari kedua di UTAR

Tempat kedua milik Train Chaser, kali ini dengan idea untuk penghantaran makanan. Cadangan mereka untuk memaparkan pelbagai maklumat di skrin besar, seperti menu, bakul tempahan dan kupon. Pengguna juga boleh menggunakan Flex Mode untuk melihat tempahan di atas, sambil berborak dengan sokongan pelanggan di skrin bawah.

Fold Fusion mengambil tempat ketiga dengan idea untuk platform eDagang. Ia menampikan antaramuka boleh ubah dan responsif supaya kelihatan lebih kemas. Mereka turut menunjukkan prototaip sebagai pembuktian konsep UI/UX.

Semua peserta dan juri di UTAR

Hackathon Hari Pembangun ini membolehkan pelajar mempergunakan kemampuan platform Samsung dan Android untuk menonjolkan kreativiti teknologi mereka dan mempersembahkan secara masa nyata kepada pengguna. Ia diadakan dengan kerjasama Taylor’s University dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Acara ini adalah sebahagian daripada banyak aktiviti Samsung Galaxy Space, acara pengalaman untuk Gen-Z yang terbuka kepada orang ramai dan berlangsung dari 9-18 Jun 2023.

Untuk maklumat lanjut, rujuk kenyataan rasmi Samsung mengenainya di sini.

Tags: hackathonsamsung
Najib

Najib

POPULAR

Persembah idea untuk peranti boleh lipat, enam pasukan terima anugerah di acara Hackathon Hari Pembangun Samsung

Persembah idea untuk peranti boleh lipat, enam pasukan terima anugerah di acara Hackathon Hari Pembangun Samsung

21 June 2023
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN