• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

eBeliaRahmah: Ini tawaran tambahan yang diberi TNG eWallet, Setel, dan Boost

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:51 am
  • 26/06/2023
  • Komen
eBeliaRahmah: Ini tawaran tambahan yang diberi TNG eWallet, Setel, dan Boost
Share on FacebookShare on Twitter

26 Jun 2023 adalah tarikh mulanya tempoh permohonan mendapatkan kredit RM200 yang disediakan di bawah inisiatif eBeliaRahmah. Inisiatif ini boleh disertai warga belia yang berusia 18 hingga 20 tahun serta mahasiswa sepenuh masa di kolej dan univerisiti. eBeliaRahmah akan disalurkan kerajaan melalui tiga edompet terpilih iaitu Boost, Setel, dan Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet).

Disamping kredit RM200, ketiga-tiga platform yang disebutkan tadi ada menyediakan manfaat tambahan bagi menarik lebih ramai orang menebus melalui platform mereka. Berikut kami senaraikan manfaat-manfaat untuk setiap edompet.



Ganjaran tambahan eBeliaRahmah di TNG eWallet

TNG eWallet menawarkan baucar bernilai sehingga RM550 yang terdiri daripada diskaun serta pulangan tunai. Ia adalah himpunan manfaat daripada pelbagai penjual dalam kategori jenama beli-belah, kedai serbaneka, F&B, bil, permainan, dan hiburan.



Antara yang menarik adalah:

  • Baucar pulangan tunai RM70 daripada Maxis
  • Baucar pulangan tunai RM8 di Kenny Rogers Roasters
  • Rebat RM8 di TGV Cinemas
  • Baucar pulangan tunai RM6 di 7-Eleven
  • Baucar pulangan tunai RM5 di Zus
  • Rebat RM4 di Starbucks
  • Rebat 15% di McDonald’s

Anda boleh layari laman rasmi TNG eWallet untuk maklumat lanjut.

Ganjaran tambahan eBeliaRahmah di Setel

Di platform Setel, penebus eBeliaRahmah disediakan dengan pulangan tunai sehingga RM105.

Untuk menebus semuanya, ia dibahagiakan kepada beberapa perkara:

  • RM1 untuk setiap transaksi menggunakan QR (maks. RM10)
  • RM5 untuk setiap pembelian petrol (maks. RM25)
  • RM1 untuk setiap transaksi di Cafe Mesra (maks. RM10)
  • RM10 untuk setiap transaksi di Kedai Petronas (maks. RM50)
  • RM10 untuk ahli baharu

Setel turut menyediakan eBaucar daripada rakan niaga terpilih dengan syarat perbelanjaan minimum RM5. Selain itu, mereka turut menawarkan cabutan bertuah 2 tiket untuk pergi ke konsert di Singapura. Anda boleh layari laman rasmi Setel untuk maklumat lanjut.

Ganjaran tambahan eBeliaRahmah di Boost

e-Dompet yang ketiga adalah Boost. Mereka menawarkan ganjaran tambahan bernilai lebih RM200. Namun, perinciannya masih tandus kecuali mereka menyenaraikan rakan niaga seperti Watsons, Lazada, Switch, Urban Republic, Mobile2Go, Insied Scoop, Agoda, dan Viu sebagai yang akan berikan ganjaran.

Anda boleh pergi ke laman rasmi Boost untuk maklumat lanjut.

Untuk eBeliaRahmah, kredit edompet yang diberikan hanya boleh dibelanjakan melalui transaksi luar talian di kedia fizikal. Tempoh permohonan akan berlangsung sehingga 22 Ogos 2023 ini. Kredit yang diberikan wajib digunakan sebelum 31 Ogos 2023.

Bacaan tambahan

eBeliaRahmah: MOF jawab kenapa GrabPay, ShopeePay dan BigPay tidak dipilih untuk pemberian eWallet RM200

eBeliaRahmah: Tiga eWallet terpilih untuk pemberian RM200, penggunaan lebih terhad

Ini cara tukar nombor telefon baru di Touch n Go eWallet, jika ada masalah daftar masuk

Tags: BoosteBeliaRahmahmalaysiaseteltng ewallet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

eBeliaRahmah: Ini tawaran tambahan yang diberi TNG eWallet, Setel, dan Boost

eBeliaRahmah: Ini tawaran tambahan yang diberi TNG eWallet, Setel, dan Boost

26 June 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN