• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Insta360 Go 3 dengan video 4K akan dilancarkan 27 Jun 2023?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:31 am
  • 26/06/2023
  • Komen
Insta360 Go 3 dengan video 4K akan dilancarkan 27 Jun 2023?
Share on FacebookShare on Twitter

Insta360, syarikat yang terkenal dengan kamera keliling seperti Insta360 X3 telah menjadualkan satu sesi pengenalan produk baharu. Mereka telah mengutuskan teaser sejak 20 June tempoh hari dengan status yang menunjukkan produk yang bakal dilancarkan ini adalah bersaiz kecil seperti penggunaan frasa “tiny revolution”.

Seperti yang kita tahu, dalam penawaran sedia ada Insta360 memang ada kamera kerdil iaitu Insta360 Go 2. Tidak syak lagi sekuel kepada Go 2 akan dilancarkan tak lama lagi. Ia tidaklah mengejutkan kerana Go 2 sudahpun berada dalam pasaran sejak tahun 2021 dan sudah tiba masanya pembaharuan dibawakan.



Buat pengetahuan anda Insta360 Go 2 digelar pengeluarnya sebagai kamera aksi terkecil di dunia. Disebabkan badannya yang kecil, sensor pengimejan yang terkandung di dalamnya juga kecil iaitu pada 1/2.3”. Ia mampu merakam pada resolusi sehingga QHD pada kadar bingkai 30fps ataupun FHD pada kadar bingkai 120fps untuk slow-mo.

Ia tiada ruang untuk menerima kad mikro-SD sebaliknya storan yang terbina didalamnya boleh berikan ruang penyimpanan video beresolusi penuh untuk durasi 10 minit. Ada dua variasi disediakan iaitu 32GB ataupun 64GB. Satu bateri penuh boleh berikan sehingga 30 minit waktu operasi dengan tempoh mengecas penuh pada 35 minit.



Sekiranya Insta360 ingin memperkenalkan Insta360 Go 3, apakah penambahbaikkan yang wajar dibawakan? Salah satu yang penting adalah resolusi sehingga 4K tanpa masalah pemanasan. Pengguna juga tentu sekali mengalu-alukan hayat bateri yang panjang serta ruang storan yang lebih luas.

Sekiranya anda ingin mengikut pelancaran produk kerdil Insta360, ia akan berlangsung pada 27 Jun 2023 pada jam 9 malam waktu Malaysia.

Tags: insta360insta360 go 2insta360 go 3
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Insta360 Go 3 dengan video 4K akan dilancarkan 27 Jun 2023?

Insta360 Go 3 dengan video 4K akan dilancarkan 27 Jun 2023?

26 June 2023
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER