• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Insta360 Go 3, agak mahal untuk kamera yang tak mampu rakam 4K

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:07 pm
  • 27/06/2023
  • Komen
Insta360 Go 3, agak mahal untuk kamera yang tak mampu rakam 4K
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijadualkan, Insta360 Go 3 dilancarkan untuk menjadi sekuel kepada Go 2 tahun 2021.

Ia masih mengekalkan fizikaliti kamera berbentuk pil, walau bagaimanapun terdapat helah baharu yang dikenakan padanya iaitu perumah yang juga boleh membekalkan bateri dan memiliki paparan untuk tetapan kamera dilakukan.



Perumah tersebut yang dirujuk sebagai Action Pod mempunyai paparan yang boleh dikilas ke depan dan ia peka sentuhan juga. Walaupun kamera ditanggalkan daripada Action Pod, paparan tersebut masih berfungsi dan ia sangat berguna sekiranya anda merakam secara solo dan perlukan bantuan orang kedua untuk memeriksa framing.

Namun, Action Pod tidaklah kalis air sebaliknya sekadar IPX4. Kalau anda nak merakam di bawah air, hanya unit kamera sahaja yang tahan air pada paras IPX8, Lagi yang ditambah baik adalah kehadiran mikrofon kedua yang katanya akan memberikan hasil audio yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya.



Untuk sebuah kamera kerdil. Hayat baterinya agak mengagumkan. Dengan satu bateri penuh, ia boleh merakam sehingga 45 minit lamanya dalam resolusi FHD 30fps. Action Pod boleh membekalkan tenaga untuk merakam sehingga 170 minit.

Sehingga generasi ini, Insta360 Go masih belum mampu merakam dalam resolusi 4K. Resolusi maksimum yang mampu dirakamnya adalah 2.7K pada kadar bingkai 50fps. Video gerak perlahan pula adalah pada kadar 120fps dalam resolusi 1080p. Ia juga ada sejumlah mode rakaman lain seperti TimeShift, Timelapse, FreeFrame, dan beberapa lagi untuk kandungan yang lebih kreatif.

Insta360 Go 3 dijual dalam pasaran Malaysia pada harga seperti berikut:

  • Insta360 Go 3 32GB – RM1,779
  • Insta360 Go 3 64GB – RM1,869
  • Insta360 Go 3 128GB – RM1,999

Harganya tidaklah murah untuk sesuatu yang tak rakam 4K. Anda seperti korbankan kemampuan bateri dan mikro-SD boleh tanggal dengan saiz yang kecil.

Ia juga ditawarkan dalam beberapa kombo seperti Get Kit, Bike Kit, dan Motorcycle Kit.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: insta360insta360 go 3
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Insta360 Go 3, agak mahal untuk kamera yang tak mampu rakam 4K

Insta360 Go 3, agak mahal untuk kamera yang tak mampu rakam 4K

27 June 2023
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER