• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Razer Moray dilancar, IEM pertama mereka dengan pengesahan THX

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:36 pm
  • 28/06/2023
  • Komen
Razer Moray dilancar, IEM pertama mereka dengan pengesahan THX
Share on FacebookShare on Twitter

Razer sememangnya salah satu jenama yang terkenal dalam kalangan gamer tegar. Razer menawarkan pelbagai aksesori audio termasuk seperti fon telinga, fon kepala dan kini, mereka memperkenalkan satu produk audio terbaru iaitu In Ear Monitor (IEM) yang dipanggil Razer Moray.

Pengenalan produk IEM terbaru ini dikatakan oleh Razer untuk memenuhi keperluan gamer dan penstrim yang memerlukan keselesaan sepanjang masa di samping memberikan kualiti audio yang menakjubkan. Walaupun disasarkan untuk penstrim, ambil perhatian bahawa Razer Moray ini tidak dilengkapkan dengan mikrofon. Jadi anda perlu dapatkan mikrofon berasingan untuk gunakan bersamanya. Agak pelik memandangkan kebanyakan produk audio Razer yang lain mempunyai mikrofon terbina.



Apa pun, bahagian bunyi IEM Razer ini sudah tentu memberikan pengalaman yang tidak mengecewakan. Oleh itu, Razer Moray dilengkapi dwi pemacu hibrid dengan pengesahan THX yang mampu berikan bunyi trebel yang jelas dari pemacu angker seimbang dan bass yang berdentum dari pemacu dinamik.

Memang sifat IEM didatangkan dengan cangkuk untuk memakainya. Jadi kita boleh jangkakan IEM Razer ini akan menawarkan kesesuaian yang selesa di telinga serta boleh kurangkan keletihan untuk penggunaan jangka masa yang lama. IEM Razer ini mempunyai reka bentuk yang ergonomik dan didatangkan dalam kemasan berkilat yang cantik. Lebih-lebih lagi, ia boleh berikan kedapan telinga yang cukup baik di mana mampu mengurangkan sehingga -36db bunyi luar.



Untuk kedapan yang lebih tersuai, ia didatangkan dengan tiga jenis tip telinga dalam tiga saiz berbeza yang boleh memberikan kedapan yang tepat untuk serasi dengan pelbagai bentuk telinga. Seperti kebanyakan IEM, Kabel Razer Moray ini boleh dicabut dari badan pemacu dan menggunakan jenis OFC MMCX yang fleksibel.

Razer Moray dilancarkan di Amerika Syarikat pada harga USD129.99 (~RM607). Walaupun harganya mahal, sudah tentu ia tidak bersaing dengan IEM dari jenama ternama yang lain seperti Shure, Sennheiser dan Ultimate Ears yang mempunyai tiga atau lebih pemacu.

[Sumber: Razer]

Tags: razerRazer Moray
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Razer Moray dilancar, IEM pertama mereka dengan pengesahan THX

Razer Moray dilancar, IEM pertama mereka dengan pengesahan THX

28 June 2023
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN