• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Amazfit Cheetah berharga RM999, mula ditawarkan pada 5 Julai 2023

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:20 pm
  • 03/07/2023
  • Komen
Amazfit Cheetah berharga RM999, mula ditawarkan pada 5 Julai 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Amazfit Malaysia mengumumkan ketibaan salah satu daripada siri Amazfit Cheetah ke dalam pasaran Malaysia. Amazfit Cheetah ditawarkan dalam pasaran Malaysia pada harga RM999.

Ia akan mula dijual bermula 5 Julai 2023 secara ekslusif di Shopee sebelum platform Lazada mula menawarkannya pada 7 Julai 2023.



Sekiranya anda dapatkan Amazfit Cheetah antara 5 hingga 7 Julai melalui mana-mana platform dalam talian itu, anda akan menerima hadiah berupa powerbank Xiaomi 10,000mAh sebagai promosi.

Spesifikasi Amazfit Cheetah

Amazfit Cheetah letaknya di bawah versi Pro pada segi hierarki. Ada beberapa kekurangan ketara diantara model ini dengan versi Pro yang lebih mahal.



Kekurangan yang pertama adalah ia tidak hadir dengan mikrofon dan speaker untuk menjawab panggilan telefon terus di pergelangan tangan. Hal itu juga bermakna, Amazfit Cheetah tidak menyokong arahan suara ataupun Alexa.

Satu lagi kekurangan produk ini berbanding saudaranya adalah ia tiada sambungan Wi-Fi untuk ia berhubung dengan Internet. Semua perhubungan perlulah melalui Bluetooth 5.3 menggunakan aplikasi Zepp. Lagi yang menggunakan sambungan Bluetooth adalah ciri mendengar muzik yang disimpan di dalam jam tangan menggunakan earbuds.

Selain dari beza-beza yang dinyatakan tadi, Amazfit Cheetah masih tetap sebuah jam tangan pintar yang baik spesifiaksinya. Anda dapat jam tangan dengan panel AMOLED sebesar 1.39″ dengan rekaan badan yang sama dengan variasi Cheetah Pro.

Bateri 440mAh yang terkandung dalam badannya boleh berikan waktu guna sehingga 14 hari lamanya dalam penggunaan kasual. Sensor-sensor penjejak yang ada pada Amazfit Cheetah adalah seperti:

  • Akselerometer
  • Giroskop
  • Geomagnetik
  • Barometrik
  • Satelet penjejak dwifrekuensi

Amazfit Cheetah juga menyokong lebih 150 jenis sukan dan 8 daripadanya boleh dijejak secara automatik tanpa anda perlu mengarahkan jam tangan berbuat demikian.

Tags: amazfitamazfit cheetah
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Amazfit Cheetah berharga RM999, mula ditawarkan pada 5 Julai 2023

Amazfit Cheetah berharga RM999, mula ditawarkan pada 5 Julai 2023

3 July 2023
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN