• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Odyssey OLED G9 di Malaysia: Monitor gaming 49”, 240Hz, dijual bermula RM9,499

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:36 am
  • 06/07/2023
  • Komen
Odyssey OLED G9 di Malaysia: Monitor gaming 49”, 240Hz, dijual bermula RM9,499
Share on FacebookShare on Twitter

Buat yang terlepas berita, dulu kami laporkan yang tempahan awal monitor Samsung Odyssey OLED G9 kini sedang berjalan sehingga 9 Julai 2023. Kini kami telahpun mengetahui harganya.

Harga Samsung Odyssey OLED G9 di Malaysia

Menurut pengedarnya, Sun Cycle Sdn. Bhd., monitor ini akan mula dijual penghujung Julai 2023. Ada dua varian Odyssey OLED G9 akan masuki Malaysia. Variasi yang pertama adalah dengan sistem operasi TizenOS dan yang satu lagi tanpa sistem operasi TizenOS.



Berikut adalah harga jualannya:

  • Samsung Odyssey OLED G9 (TizenOS) – RM9,999
  • Samsung Odyssen OLED G9 (tanpa TizenOS) – RM9,499

Harga jualan ini lebih rendah daripada di Singapura melalui tukaran langsung. Pastinya ia satu berita baik.



Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan e-baucar RM300 yang boleh ditebus di laman ini dan gunakannya untuk beli monitor ini pada harga diskaun.

Spesifikasi Samsung Odyssey OLED G9

Samsung Odyssey OLED G9 adalah sebuah monitor gaming jenis lebar bersaiz 49”. Ia sungguh lebar dengan nisbah paparan 32:9. Ia seperti anda letakkan dua monitor 16:9 sebelah menyebelah cumanya Odyssey OLED G9 hadir dalam satu unit, makanya tiada senggang kelihatan. Monitor ini melengkung pada kadar 1800R dan memiliki resolusi pada paras 1440p dengan kadar segar semula setinggi 240Hz.

Monitor ini dikuasakan sistem operasi TizenOS, bermakna anda boleh pasang pelbagai aplikasi penstriman untuk anda melayani kandungan kegemaran.

Tiada speaker tambahan diperlukan kerana ia sudah ada speaker stereo 5W. Kalau perlukan kualiti audio yang lebih mantap, port HDMI boleh digunakan untuk disambung kepada kelengkapan audio yang menyokong piawaian ARC. Lain-lain port I/O yang akan anda terima adalah seperti Display Port 1.4, mikro-HDMI, dan 2 USB-A.

Anda boleh layari laman rasmi promosi untuk maklumat lanjut.

Tags: monitorsamsungsamsung idyssey g9 oledsamsung odyssey
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Odyssey OLED G9 di Malaysia: Monitor gaming 49”, 240Hz, dijual bermula RM9,499

Odyssey OLED G9 di Malaysia: Monitor gaming 49”, 240Hz, dijual bermula RM9,499

6 July 2023
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN