• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus Nord 3: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 2:44 am
  • 06/07/2023
  • Komen
OnePlus Nord 3: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran OnePlus Nord 3 ibarat sirih pulang ke gagang, apabila OnePlus memperkenal kembali telefon pintar berkelas flagship pada harga rahmah dan madani. Ia dibuktikan lagi apabila OnePlus meletakkan harga Nord 3 pada tahap hampir sama dengan Nord 2T yang dilancar tahun lepas.

Resepi yang digunakan OnePlus untuk Nord 3 ini semudah penggunaan cip flagship flagship tahun lepas, RAM sangat besar, skrin berkualiti tinggi dan mewarisi beberapa fungsi daripada OnePlus 11 seperti kamera utama dan butang luncur fizikal. Apa yang tiada ialah cap Hasselblad.



Harga dan promosi tempahan awal

Walaupun pelancaran tadi bersifat antarabangsa, OnePlus Malaysia tidak melepaskan peluang untuk terus mengumumkan harga rasmi dan promosi tempahan awal. Hanya ada satu warna untuk pasaran Malaysia iaitu warna hijau, serta satu sahaja varian dengan harga berikut:

  • OnePlus Nord 3 (RAM 16GB + Storan 256GB) – RM2,199

Untuk perbandingan, OnePlus Nord 2T dilancar tahun lepas pada harga RM2,099 bersama cip kelas pertengahan, RAM 12GB dan storan 256GB. Kali ini dengan kenaikan RM100, pengguna boleh menikmati cip berkuasa tinggi dan RAM 16GB.



Telefon baru OnePlus Nord 3 ini akan mula dijual di Malaysia pada 10 Julai 2023. Tetapi tempahan awal telah dibuka sekarang, dari 5 hingga 9 Julai 2023. Pembeli dalam tempoh ini akan menerima hadiah percuma bernilai RM299, iaitu fon telinga OnePlus Nord Buds.

Bagi yang berminat, tempahan awal boleh dibuat di E-Store OnePlus Malaysia, Stor Rasmi OnePlus di Lazada dan Shopee, serta di pengedar sah OnePlus di seluruh Malaysia.

Spesifikasi OnePlus Nord 3

Prestasi tinggi kelas flagship OnePlus Nord 3 digerakkan oleh gandingan cip Mediatek Dimensity 9000, RAM LPDDR5X 16GB dan storan UFS 3.1 256GB. Ia digerakkan oleh tenaga daripada bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 80W.

Skrinnya jenis Super Fluid AMOLED 6.74-inci 120Hz, dengan resolusi 1.5K (2772×1240), sedikit tinggi daripada HD Penuh. Ia ada kecerahan setinggi 1,450nits serta kadar respon sentuh setinggi 1,000Hz. Dua speaker stereo Dolby Atmos turut tersedia di OnePlus Nord 3.

Kamera 16MP terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin. Manakala kamera belakang menggunakan sensor Sony IMX890 50MP F1.8, sensor yang serupa dengan OnePlus 11. Dua lagi kamera belakang adalah kamera ultralebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP.

OnePlus turut melengkapkan butang luncur fizikal, butang yang digunakan untuk menjadikan telefon senyap atau bergetar sahaja yang terdapat pada telefon flagship OnePlus sahaja. Selain itu, telefon ini datang siap dengan sistem operasi OxygenOS 13.1 berasaskan Android 13. OnePlus turut menjanjikan kemaskini OS sebanyak tiga kali dan kemaskini keselamatan selama 4 tahun untuk Nord 3.

Bacaan Berkaitan

  • OnePlus Nord 3, jawapan untuk mereka yang mahu peranti flagship dan mampu milik
  • OnePlus Nord CE 3 Lite dilancar dengan storan berganda, harga lebih murah
  • OnePlus Nord 2T & Nord CE 2 Lite: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: mobileOnePlusOnePlus Nord 3
Najib

Najib

POPULAR

OnePlus Nord 3: Maklumat penjualannya di Malaysia

OnePlus Nord 3: Maklumat penjualannya di Malaysia

6 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER