• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing Phone (2), harga rasminya jauh lebih tinggi berbanding model lepas

  • OLEH Najib
  • 1:34 am
  • 12/07/2023
  • Komen
Nothing Phone (2) dipertingkat dengan prestasi flagship dan lebih tinggi kalis percikan air
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar Nothing Phone (2) telah dilancarkan di pentas antarabangsa. Sejurus pelancarannya, Nothing telah mengumumkan penjualan di Amerika Syarikat dan United Kingdom, serta membuka tempahan awal di beberapa negara lain.

Khas untuk beberapa bandar di seluruh negara, Nothing mengadakan acara Drops di mana stok terhad Nothing Phone (2) boleh dibeli di sana. Salah satu Nothing Drops akan diadakan ialah di Kuala Lumpur.



Orang ramai yang berminat menjadi yang pertama memiliki Nothing Phone (2), boleh pergi ke acara Nothing Drops Kuala Lumpur yang akan diadakan pada hari Sabtu, 15 Julai 2023 kedai Crossover, Midvalley. Ia akan dibuka mulai 11 pagi.

Menurut Nothing, pembeli di Nothing Drops akan menerima lebih daripada telefon pintar. Antaranya peluang bertemu pasukan Nothing, menerima hadiah eksklusif, makan dan minum percuma, serta bergaul dengan komuniti Nothing.



Harga rasmi Nothing Phone (2)

Bagaimanapun, satu maklumat terpenting masih tidak diketahui lagi iaitu harga rasmi Nothing Phone (2) di Malaysia. Tetapi harga rasmi telefon yang baru dilancar ini telah diumumkan di negara lain, antaranya Singapura, Thailand dan Filipina. Harga Malaysia dan Indonesia masih belum dinyatakan.

Walaubegitu, harga di negara jiran sebenarnya boleh memberi petunjuk kepada harga di Malaysia. Jadi kami kumpulkan harga untuk Nothing Phone (2) di rantau ini:

Singapura

  • Nothing Phone (2) 12GB+256GB – SGD999 (~RM3,469)
  • Nothing Phone (2) 12GB+512GB – SGD1,099 (~RM3,814)

Thailand

  • Nothing Phone (2) 12GB+256GB – THB24,990 (~RM3,345)
  • Nothing Phone (2) 12GB+512GB – THB27,990 (~RM3,747)

Filipina

  • Nothing Phone (2) 12GB+256GB – PHP38,999 (~RM3,288)
  • Nothing Phone (2) 12GB+512GB – PHP44,999 (~RM3,794)

Dengan harga daripada tiga negara jiran di atas, boleh dirumuskan harga jangkaan untuk pasaran Malaysia adalah sekitar berikut:

  • Nothing Phone (2) 12GB+256GB – RM3,200 ~ RM3,500
  • Nothing Phone (2) 12GB+512GB – RM3,700 ~ RM3,800

Harga ini sememangnya jauh lebih tinggi berbanding harga pelancaran Nothing Phone (1) tahun lepas.

  • Nothing Phone (1) 8GB + 256GB – RM2,399
  • Nothing Phone (1) 12GB + 256GB – RM2,699

Ada peluang beli Nothing Phone (2) lebih murah?

Bagaimana, anda berminat memiliki Nothing Phone (2) dengan harga melebihi RM3,000? Tetapi ada kemungkinan rakyat Malaysia dapat membeli dengan harga lebih murah, kerana laman rasmi Nothing Malaysia, turut menyenaraikan varian RAM 8GB dan storan 128GB yang tidak tersenarai di Singapura, Thailand dan Filipina.

Untuk perbandingan dan rujukan, varian terendah ini ada dijual di Amerika Syarikat cuma USD 599 atau sekitar RM2,789. Adakah ini akan menjadi tarikan untuk anda, storan kecil pun tak apa asalkan dapat pakai Nothing Phone (2)? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

Bacaan Berkaitan

  • Nothing Phone (2) dipertingkat dengan prestasi flagship dan lebih tinggi kalis percikan air
  • Rupa rasmi Nothing Phone 2 didedah, pelancaran Malaysia eksklusif bersama Yes
  • Nothing Phone 1 dilancar di Malaysia, ambil tempahan awal di kedai jalanan Bukit Bintang
Tags: Nothingnothing phone (2)nothing phone 2
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Nothing Phone (2) dipertingkat dengan prestasi flagship dan lebih tinggi kalis percikan air

Nothing Phone (2), harga rasminya jauh lebih tinggi berbanding model lepas

12 July 2023
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER